KOTA KINABALU:Tabung Hidupan Liar (WWF)-Malaysia memuji komitmen kerajaan Sabah dalam usaha meneruskan dasar 30 peratus Kawasan Perlindungan Sepenuhnya (TPA) di negeri itu menjelang 2025.
Menurut Ketua Pemuliharaan WWF-Malaysia di Sabah, Dr Robecca Jumin, badan dunia itu turut mengalu-alukan dan menyokong rancangan kerajaan negeri untuk memperbaiki pengurusan persekitarannya.
"Bagi pihak WWF-Malaysia, kami memuji usaha murni kerajaan negeri Sabah dalam perlindungan alam sekitar dan kami menyokong penuh dasar 30 peratus TPA di negeri ini.
"Pada masa sama kami juga ingin menggesa kerajaan negeri Sabah agar dapat memastikan 50 peratus tanah di negeri ini dilindungi dengan mengekalkan hutan simpan bagi membekalkan ekosistem yang mencukupi untuk kawasan perairan dan habitat flora dan fauna," katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan pada Khamis.
Penghargaan itu dibuat WWF-Malaysia susulan ucapan Tuan Yang Terutama (TYT) Tun Juhar Mahiruddin ketika pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah Yang Ke-16 minggu lalu.
Tun Juhar dalam ucapannya menyebut, kerajaan negeri Sabah komited untuk meneruskan dasar agar kawasan hutan yang mempunyai nilai biologi tinggi dijadikan TPA yang tidak kurang daripada 30 peratus keseluruhan keluasan negeri menjelang 2025.
Tambah Tun Juhar keluasan hutan yang diisytiharkan sebagai TPA mencapai 1.9 juta hektar atau 26 peratus dan pencapaian itu menjadikan Sabah sebagai negeri yang mempunyai kawasan TPA yang terbesar di Malaysia dengan 48 peratus hutan sihat serta tidak tercemar.
Mengulas lanjut Dr Rebecca turut memohon kerajaan negeri Sabah agar dapat menyeimbangkan aspirasi ekonomi tanpa mengabaikan aset semula jadi negeri itu seperti aset persekitaran, sistem sosial dan sumber budaya.
"Sejajar dengan Matlamat Pembangunan Lestari (SDG) dan Dasar Perubahan Iklim dan Biodiversiti Malaysia, keseimbangan pembangunan harus menjadi keutamaan kerajaan negeri Sabah.
"Ancaman banjir kilat, pencemaran udara, tanah runtuh, kekurangan bekalan air dan kebakaran hutan akan meningkat tanpa perlindungan alam sekitar yang sewajarnya.
"Kami di WWF telah melihat kesannya yang berlaku beberapa kali sebelum ini akibat faktor peningkatan populasi dan perubahan iklim," katanya.
Syah Hairizal Kamalul Arifin
Thu Nov 19 2020
Dr Robecca Jumin, badan dunia itu turut mengalu-alukan dan menyokong rancangan kerajaan negeri untuk memperbaiki pengurusan persekitarannya.
Pusat Data Bagan Datuk bakal jadi pencetus perubahan ekonomi digital global
Ia bagi menyediakan infrastruktur kritikal untuk menyokong operasi perniagaan moden dan membuka peluang dalam sektor perkhidmatan kewangan.
Rusia: Penipu curi puluhan juta dolar melalui pusat panggilan ditahan
Penipu yang mencuri puluhan juta dolar daripada penduduk lebih 20 negara melalui tiga pusat panggilan telah ditahan di Moscow.
Protes diteruskan hingga Suk Yeol dipecat
Para penunjuk perasaan kekal mengadakan protes di bandar Seoul agar Presiden Yoon Suk Yeol dipecat daripada jawatannya.
Cubaan serbu pejabat Presiden Yoon Suk Yeol gagal
Menurut media tempatan, pihak polis tidak dapat memasuki bangunan utama kerana gagal mencapai persetujuan dengan pihak perkhidmatan rahsia mengenai kaedah penggeledahan dan penyitaan.
Bekas Menteri Pertahanan Korea cuba bunuh diri
Menurut Ketua Pesuruhajaya Perkhidmatan Korea, Shin Yong Hae pada Rabu, Kim kini sedang menerima rawatan susulan dan berada dalam keadaan stabil.
Seorang menteri Afghanistan terbunuh dalam letupan
Seorang menteri utama dalam pentadbiran sementara Taliban Afghanistan terbunuh pada Rabu dalam letupan di ibu negara Kabul.
PBB akan undi gencatan senjata segera dilaksanakan
Resolusi itu juga menuntut pembebasan semua tebusan dan akses tanpa halangan untuk bantuan kemanusiaan kepada Gaza.
Fenomena La Nina berkembang lebih 50 peratus hingga Feb 2025
Kemungkinan lebih 50 peratus fenomena La Nina dilaporkan akan berkembang dalam tempoh tiga bulan mendatang.
127 terbunuh dalam dua hari di Sudan
Terbaharu pada Selasa, kumpulan hak asasi manusia, Emergency Lawyers memaklumkan sekurang-kurangnya 20 termasuk 14 orang yang menaiki bas terbunuh di Omdurman, Sudan.
Suspek bunuh CEO bakal mohon esktradisi
Menurut peguam Luigi Mangiyone, Thomas Dickey, pihaknya akan melakukan permohonan itu mengikut peraturan undang-undang perlembagaan.
Suku kaum Jahai benteng terakhir Harimau Malaya
Orang Asli suku kaum Jahai, antara enam suku Negrito yang sekian lama berjiran dengan harimau belang spesies Harimau Malaya.
Tabung Hidupan Liar Sedunia saman Norway rancangan perlombongan dasar laut
WWF percaya keputusan berkenaan dibuat berdasarkan penilaian kesan strategik yang tidak memenuhi syarat minimum.
7 fakta menarik tentang Earth Hour
Acara itu yang dianjurkan oleh World Wide Fund for Nature (WWF) disambut setiap tahun sebagai simbol komitmen terhadap planet.
AWANIxWWF: Hari Hidupan Liar Sedunia - Meraikan spesies ikonik Borneo
Di Sabah, kebanyakan daripada biodiversiti ini ditemui di hutan rizab dengan banyak daripadanya kini berstatus terancam.
Harimau mungkin telah pupus di Laos - WWF
Tanpa bukti berekod mengenai harimau di hutan Laos selama hampir sedekad, laporan baharu daripada Tabung Hidupan Liar Sedunia (WWF) menyatakan haiwan berkenaan kemungkinan telah pupus di negara itu.
Hari Bumi 2021: Pelihara bumi komitmen semua
WWF Malaysia yakin dalam usaha memulihkan bumi, tiada yang mustahil sekiranya komitmen tersebut dapat dijalankan dengan betul.
#SpeakUpForNature: WWF galak rakyat tulis surat kepada Exco alam sekitar
WWF-Malaysia menyediakan platform untuk rakyat menyuarakan masalah alam sekitar kepada Exco masing-masing.
The Rock, dulu dibuli kini selebriti
Bret Hart (penggusti dalam WWF) pernah menceritakan dua peggusti legenda, Triple H dan Shawn Michaels pernah membuli Johnson ketika dia baru sahaja menjadi penggusti.
Hidupan liar jangan terus diperdagang, elak wabak, penyakit tak diundang
Tabung Hidupan Liar (WWF) menyarankan agar perdagangan haiwan liar kekal diharamkan, dan bukan sekadar melepaskan batuk di tangga.
ADUN perlu berhujah dengan fakta dan bukan membuat fitnah - Adly
Ketua Menteri Melaka, Adly Zahari meminta semua Ahli Dewan Undangan Negeri menggunakan fakta ketika berhujah dan berbahas di dalam dewan.