awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Bukan Jamilah tapi Pak Su Ammara, Que Haidar kembali jadi ‘lead’ untuk drama bersiri selepas 16 tahun
Nama anak boleh ditolak JPN? Fakta penting dan mengejutkan yang mama papa wajib tahu
Perkembangan pengoperasian LRT3 dimaklumkan sekitar Januari 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

WWF-Malaysia sokong hukuman lebih berat terhadap penjenayah hidupan liar

Bernama
Bernama
07/07/2020
15:33 MYT
WWF-Malaysia sokong hukuman lebih berat terhadap penjenayah hidupan liar
GAMBAR FAIL: Sebarang bentuk penjualan haiwan marin yang terancam seperti penyu termasuk telur haiwan itu adalah dilarang serta boleh dikenakan tindakan undang-undang. - BERNAMA
WWF-Malaysia telah menyatakan sokongan penuh hukuman lebih berat terhadap penjenayah hidupan liar di Sabah seperti dalam kes terkini menyaksikan seorang peniaga dalam talian dijatuhi hukuman penjara kerana memiliki 20 biji telur penyu.
Ketua Marin WWF-Malaysia, Monique Sumampouw, dalam kenyataan berkata hukuman itu yang mengikut garis panduan jenayah hidupan liar adalah ideal dalam usaha menangani perdagangan haram dan pemburuan hidupan liar di negeri ini.
"Penyu hijau, sisik (hawksbill) dan lipas (olive ridley) adalah dilindungi di bawah Jadual 1 Enakmen Pemuliharaan Hidupan Liar Negeri 1997. Adalah penting bagi semua pemegang taruh untuk memastikan kelangsungan hidup spesies ini.
"Ditemukan sama ada bersarang, mencari makanan atau berhijrah di sepanjang pantai dan perairan Sabah, penyu marin ini diancam oleh pelbagai ancaman manusia terutamanya pencuri telur dan penyu," katanya.
Pada 26 Jun, pegawai penguat kuasa Jabatan Hidupan Liar Sabah menahan seorang pemuda tempatan berusia 21 tahun yang aktif memasarkan telur penyu dalam akaun Facebooknya.
Pasukan penguat kuasa menahan lelaki itu berhampiran pasar raya besar di Putatan, di sini dan merampas 20 biji telur penyu hijau daripada lelaki itu.
Pada 4 Julai, lelaki itu dihadapkan ke Mahkamah Sesyen dan dijatuhi hukuman penjara setahun dan didenda RM200,000 atau penjara dua tahun.
Hukuman yang dikenakan itu adalah merujuk kepada garis panduan hukuman yang dibuat oleh badan kehakiman, dengan kerjasama Jabatan Hidupan Liar Sabah dan WWF-Malaysia.
Tan Sri David Wong Dak Wah yang ketika itu merupakan Hakim Besar Sabah dan Sarawak melancarkan garis panduan tersebut pada Jun tahun lepas.
Mengulas lanjut mengenai penyu laut yang terancam, Sumampouw berkata terdapat 129 kes telur penyu marin dirampas di Sabah antara tahun 1999 dan 2017 berdasarkan laporan TRAFFIC 2019 bertajuk 'Penilaian Pesat Perdagangan Penyu Marin di Indonesia, Malaysia dan Vietnam'.
Sumampouw menegaskan penyu marin menyumbang kepada habitat yang lebih sihat, yang seterusnya menyumbang kepada penuaian laut yang lebih baik dan memberi faedah kepada industri perikanan.
"Untuk memastikan populasi penyu dikekalkan, setiap telur penyu perlu diselamatkan. Ia adalah penting untuk memulihara penyu marin kerana ia memainkan peranan penting dalam mengekalkan ekosistem marin yang seterusnya menyumbang kepada kelangsungan hidup manusia dalam jangka masa panjang," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#hidupan liar
#Hukuman
#jenayah
#lebih berat
#mahkamah
#Mahkamah Sesyen
#pemburuan hidupan liar
#Vietnam
#WWF-Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan