X akan buang ciri sorok calit biru

Amanz
April 12, 2024 06:43 MYT
X mula beri notifikasi bahawa ciri menyorokkan calit ini akan dihentikan dalam masa terdekat. Ia muncul dalam tetapan pelanggan X Premium. -Gambar fail/Wikipedia
CALIT biru di Twitter pada suatu ketika dianggap sebagai status seseorang itu adalah penting di dalam komuniti.
Tetapi sejak ia boleh dibeli menerusi X Premium, ada yang segan memaparkan calit ini kerana dilihat sebagai insan yang membayar untuk kelihatan penting.
Maka tahun lalu, X membenarkan pelanggan X Premium menyorokkan calit ini. Namun begitu ciri ini mungkin akan dihentikan dalam masa terdekat.

BREAKING: #X seems to be removing the ability to hide the verification checkmark! pic.twitter.com/1Kn2OU4puj

— Nima Owji (@nima_owji) April 11, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Menurut ciapan Nima Owji di atas, X mula memberikan notifkasi bahawa ciri menyorokkan calit ini akan dihentikan dalam masa terdekat.
Ia muncul dalam tetapan pelanggan X Premium.
Ciri ini nampaknya akan dibuang selepas X mula memberikan calitan biru secara percuma kepada akaun-akaun yang mempunyai lebih daripada 2,500 pengikut yang telah disahkan identiti mereka minggu ini.
Di bawah pemilikan Elon Musk, beberapa ciri telah diperkenalkan sebelum dihentikan.
Panggilan suara misalnya diberikan tahun lalu tetapi ciri Twitter Circles pula dimatikan walaupun ia agak berguna.
Musk juga berkata kelak beliau akan mematikan ciri “Block” yang menghalang sesetengah akaun daripada membaca ciapan yang dihantar. -Amanz
#Twitter #Elon Musk #calit biru #X Premium