GADGETS
X bakal integrasi AI pada algoritma garis masa, paparan kandungan
Platform X akan mengintegrasikan kecerdasan buatan (AI) sepenuhnya dalam algoritma garis masa dan paparan kandungan menjelang November 2025. -Gambar fail
PLATFORM media sosial X akan mengintegrasikan sepenuhnya kecerdasan buatan (AI) dalam algoritma garis masa dan sistem paparan kandungan menjelang November 2025.
Ringkasan AI
Menurut Elon Musk pada Jumaat, algoritma tersebut akan ditawarkan dalam bentuk sumber terbuka dan dikemas kini setiap dua minggu, membolehkan pemerhatian serta penyesuaian oleh komuniti pembangun dan pengguna.
Menjelang Disember 2025, pengguna X juga dijangka boleh berinteraksi secara langsung dengan Grok, model AI yang dibangunkan oleh xAI, bagi menyesuaikan garis masa dan algoritma mereka secara dinamik.
Langkah ini membolehkan pengguna mengubah bentuk paparan kandungan mengikut keutamaan masing-masing.
Dengan pendekatan baharu ini, X dilihat semakin beralih kepada sistem paparan berasaskan algoritma pintar, sambil mengekalkan pilihan untuk melihat perkongsian daripada kenalan secara kronologi.
Ia turut memperkukuh kawalan pengguna terhadap jenis kandungan yang ingin ditampilkan pada garis masa mereka.
-Amanz
Ringkasan AI
- Platform X akan mengintegrasikan kecerdasan buatan (AI) sepenuhnya dalam algoritma garis masa dan paparan kandungan menjelang November 2025, dengan algoritma sumber terbuka yang dikemas kini setiap dua minggu.
- Menjelang Disember 2025, pengguna boleh menyesuaikan garis masa secara dinamik hanya dengan berinteraksi bersama Grok, model AI xAI, membolehkan kawalan penuh terhadap kandungan yang dipaparkan.
- X kekal menawarkan pilihan garis masa kronologi, namun kini memperkukuh kawalan pengguna terhadap jenis kandungan melalui sistem paparan berasaskan AI pintar.