GADGETS

X lancar laman jual akaun tidak aktif

Amanz 20/10/2025 | 03:50 MYT
X memperkenalkan laman Handles untuk membida akaun menarik yang tidak lagi aktif, khusus kepada pelanggan Premium dan Premium Business.
LAMAN X dahulunya dikenali sebagai Twitter telah berusia 18 tahun. Dalam tempoh hampir dua dekad ini, terdapat banyak akaun-akaun yang mempunyai nama yang menarik tetapi tidak lagi aktif.


Ringkasan AI
  • X memperkenalkan laman Handles untuk membida akaun menarik yang tidak lagi aktif, khusus kepada pelanggan Premium dan Premium Business.
  • Pelanggan Premium Business diberi keutamaan untuk memohon akaun terlebih dahulu dan boleh menggunakannya jika kekal melanggan.
  • Akaun unik seperti nama pendek akan dijual bermula $2,500 hingga jutaan dolar, hanya melalui jemputan atau permohonan terpilih.


Bagi menangani isu akaun menarik yang tidak lagi aktif, X melancarkan laman Handles untuk membida hak memiliki akaun-akaun yang kini terabai.

Pelanggan Premium+ dan Premium Business kini boleh menyatakan minat mengambil alih akaun yang ingin dimiliki menerusi Handles.

Pemegang akaun Premium Business akan diberikan kelebihan untuk melakukan permohonan lebih awal berbanding pelanggan Premium+.

Jika diluluskan mereka boleh menggunakan akaun yang dipohon asalnya mereka kekal melanggan kepada Premium Business.

Untuk akaun-akaun yang lebih unik dan menarik seperti yang mempunyai aksara pendek, ia akan akan dijual tetapi hanya selepas menerima jemputan atau dalam permohonan yang dibuka pada waktu-waktu tertentu sahaja.

X mengatakan akaun unik akan dijual dalam julat serendah $2500 dan meningkat ke tujuh angka berdasarkan keunikan namanya. -Amanz





#Twitter #Handles #X #Premium Business