[TERKINI] Gelombang Serangan Baharu Iran-Israel | Trump Timbang Tindakan Ketenteraan AS. Klik untuk laporan penuh.
GADGETS

X perkenal 'Stories' - ciri rumusan berita oleh AI untuk pelanggan berbayar

Amanz 06/05/2024 | 04:00 MYT
X Stories boleh diakses pada tab “Explore” yang sedia menyenaraikan sejumlah berita yang hangat dibincangkan pada platform tersebut. -Amanz
X ATAU dahulunya dikenali sebagai Twitter, baru-baru ini memperkenalkan satu lagi ciri baharu pada platform berkenaan, dinamakan Stories.
Ciri ini memfokuskan kepada kebolehan merumuskan pelbagai berita, dan boleh diakses pengguna melalui halaman setempat di X.
X Stories ditawarkan melalui web dan juga aplikasi iOS sahaja buat masa ini.
Ia boleh diakses pada tab “Explore”, yang sedia menyenaraikan sejumlah berita yang hangat dibincangkan pada platform tersebut.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Melalui Stories, ia menggunakan sokongan Grok AI – iaitu kecerdasan buatan pada platform berkenaan dalam merumuskan sesuatu berita dan mempersembahkannya kepada pengguna.
Ciri ini boleh dikatakan masih pada peringkat awal, dan X sendiri meletakkan label mengatakan kecerdasan buatan mungkin kadang-kala membuat kesilapan dalam merumuskan sesuatu berita.
Dengan pelbagai lambakan informasi di web pada hari ini, langkah pengenalan ciri X Stories ini akan memudahkan lagi para pengguna dalam mengikuti berita dengan pantas, dan tidak tertinggal sebarang perkara terkini.
Buat masa ini, X Stories ditawarkan untuk pengguna berbayar X sahaja – sama seperti akses kepada Grok AI pada platform berkenaan. -Amanz
#Twitter #stories #Grok #rumus berita