GADGETS
X tawarkan akses Grok 4 secara percuma untuk semua pengguna
Grok 4 kini tersedia kepada semua pengguna X secara global, termasuk pengguna percuma, dengan had 10 pertanyaan setiap dua jam. -Amanz
SETELAH ditawarkan secara terhad kepada pengguna berbayar, kini X memperluaskan penawaran Grok 4 kepada semua pengguna seluruh dunia, walaupun tidak melanggannya.
Ringkasan AI
Model kecerdasan buatan janaan Grok 4 ini dilihat lebih berkuasa, dan turut boleh melakukan carian masa-nyata sebelum memberikan jawapan kepada pengguna.
xAI turut menyatakan sokongan penaakulan oleh Grok 4 lebih baik berbanding generasi sebelumnya.
Untuk pengguna percuma, Grok 4 mengehadkan kepada 10 pertanyaan bagi setiap dua jam.
Sementara pengguna yang melanggan pelan premium pada X menerima akses yang lebih tinggi, dan boleh menggunakannya tanpa had.
Bagi anda yang berminat, boleh menguji Grok 4 melalui X, atau melalui aplikasi khusus Grok di Android dan iPhone – sekali gus membandingkan penawaran Grok 4 berbanding GPT-5 yang terkini, atau Gemini. -Amanz
Ringkasan AI
- Grok 4 kini tersedia kepada semua pengguna X secara global, termasuk pengguna percuma, dengan had 10 pertanyaan setiap dua jam.
- Model ini menyokong carian masa nyata dan penaakulan yang lebih baik berbanding versi sebelumnya.
- Pengguna boleh mengakses Grok 4 melalui aplikasi X atau aplikasi khusus Grok di Android dan iPhone, serta membandingkannya dengan GPT-5 dan Gemini.