GADGETS

X uji ciri telesidang untuk bersaing dengan Zoom, Google Meet

Amanz 28/08/2024 | 03:30 MYT
X Conference bakal bersaing dengan Zoom dan Google Meet, serta merealisasikan impian X sebagai platform satu-untuk-semua. -Amanz
MINGGU lepas, telah kami laporkan yang X sedang membangunkan ciri telesidang terbina ke platform mereka.

Ini bagi bersaing dengan Zoom dan Google Meet, serta merealisasikan impian X sebagai platform satu-untuk-semua.

Terbaharu, pembangun X, Chris Park telah mengesahkan ciri ini kini dalam peringkat ujian.

An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Ciri ini bakal menggunakan nama X Conference dengan antara muka yang mirip digunakan dalam Teams dan Meet.

Tambahan beliau, X Conference akan mempunyai ciri paparan notifkasi peserta keluar/masuk yang lebih baik, boleh menyemat peserta utama dan peserta lain, kemudian ketika sesi telesidang – skrin tidak akan membawa pengguna ke skrin utama setiap kali apabila ada orang bercakap.

Setakat ini, X Conference hanyalah sebuah aplikasi telesidang biasa. Pesaing mereka seperti Zoom kini sudahpun boleh menyokong sehingga 1 juta peserta serentak.

Meet pula boleh mengambil nota secara automatik dan menggunakan avatar AI sebagai pengganti diri jika sibuk.

Buat masa ini masih tidak pasti bila X Conference akan dilancarkan kepada umum. Juga tidak diketahui sama ada ia ciri percuma atau terhad kepada pelanggan X Premium sahaja.

Sama-sama kita nantikan. -Amanz








#X Conference #telesidang #Teams dan Meet #peringkat ujian