GADGETS
xAI dilapor sedang raih dana mencapai AS$40 bilion
Elon Musk membangunkan firma kecerdasan buatan xAI, dengan produk pertama bernama Grok yang diintegrasikan pada media sosial X. -Gambar fail/Amanz
ELON Musk sedia membangunkan sebuah firma memfokuskan kecerdasan buatan, dinamakan xAI.
Ringkasan AI
Penawarannya yang pertama, dinamakan Grok, sedia diintegrasikan pada media sosial X, dan turut menyertakan integrasi sokongan jawapan berasaskan informasi masa-nyata menggunakan latihan data di X (atau dulunya dikenali Twitter).
Terbaharu, dilaporkan Elon Musk sedang dalam proses meraih suntikan dana untuk xAI pada nilai mencapai sekitar AS$40 bilion.
Perbincangan berkaitan hal ini masih pada peringkat awal.
Peningkatan nilai ini dilihat agak drastik. xAI hanya meraih dana terakhir sebanyak AS$6 bilion pada bulan Mei lepas, menilaikan syarikat mereka pada AS$24 bilion.
Selang hanya lima bulan, dilihat syarikat berkenaan dinilaikan sekali ganda.
Buat masa ini, tidak diketahui lagi berapakah pendapatan yang dibawa oleh xAI.
Untuk makluman, X menawarkan akses kepada kecerdasan buatan Grok yang dibangunkan xAI ini, apabila melanggan kepada pelan berbayar X Premium. -Amanz
Ringkasan AI
- Elon Musk membangunkan firma kecerdasan buatan xAI, dengan produk pertama bernama Grok yang diintegrasikan pada media sosial X.
- xAI sedang dalam proses meraih dana sekitar AS$40 bilion, peningkatan drastik dari nilai sebelumnya AS$24 bilion pada Mei lepas.
- Grok boleh diakses melalui pelan berbayar X Premium.