Sabah Memilih: Senarai Calon Rasmi Diumum, Kempen Pilihan Raya Bermula – Ikuti Berita Terkini dari Setiap Lokasi!
GADGETS

xAI lancar Grok 4.1, model AI lebih pantas dan kurang halusinasi

Amanz 19/11/2025 | 11:29 MYT
Grok 4.1 menawarkan prestasi lebih baik dan kurang halusinasi berbanding model sebelumnya. -Foto fail/Amanz
XAI memperkenalkan kemas kini kepada model kecerdasan buatan mereka melalui pelancaran Grok 4.1, yang kini boleh diakses pengguna melalui laman Grok.com, platform X dan aplikasi mudah alih Grok.

xAI memaklumkan Grok 4.1 menawarkan prestasi lebih baik dan kurang halusinasi berbanding model sebelumnya.

Istilah halusinasi merujuk kepada jawapan tidak tepat yang dihasilkan oleh model AI.

Selain itu, Grok 4.1 dikatakan lebih pantas dan mencatatkan skor tinggi dalam pelbagai ujian penanda aras. Pengguna yang berminat boleh mencuba Grok 4.1 bermula hari ini. -Amanz






#kecerdasan buatan