GADGETS

xAI rancang bangunkan AI kuasai robot seperti Tesla Optimus

Amanz 12/01/2026 | 04:10 MYT
xAI akan terus melabur dalam pembangunan model AI termasuk teknologi yang mampu menguasakan robot berbentuk manusia seperti Tesla Optimus. -Foto fail/Reuters
FIRMA kecerdasan buatan (AI) milik Elon Musk, xAI, dilaporkan akan terus melabur dalam pembangunan model AI termasuk teknologi yang mampu menguasakan robot berbentuk manusia seperti Tesla Optimus.


Ringkasan AI
  • Firma kecerdasan buatan (AI) milik Elon Musk, xAI, akan terus melabur dalam pembangunan model AI termasuk teknologi yang mampu menguasakan robot berbentuk manusia seperti Tesla Optimus.
  • xAI fokus pada pembangunan agen AI dan perisian lain, selaras dengan pengumuman mengenai Macrohard sebelum ini, yang merupakan bahagian di bawah xAI yang membangunkan perisian.
  • Langkah ini berlaku serentak dengan peningkatan pelaburan dalam bidang AI oleh syarikat-syarikat besar seperti OpenAI, Google, Microsoft, dan Meta, sementara syarikat di China juga giat mengintegrasikan teknologi AI pada robot.

Klik di sini untuk FAQ berkaitan artikel ini

Buat masa ini, xAI memfokuskan kepada pembangunan agen AI dan beberapa perisian lain, selari dengan pengumuman mengenai Macrohard sebelum ini — bahagian khusus di bawah xAI yang membangunkan perisian.

Langkah ini hadir ketika syarikat-syarikat besar seperti OpenAI, Google, Microsoft dan Meta turut meningkatkan pelaburan dalam AI, selain syarikat di China yang giat mengintegrasikan teknologi tersebut pada robot.

xAI baru-baru ini meraih suntikan pelaburan berjumlah AS$20 bilion. Bagaimanapun, strategi penjanaan pendapatan bagi pembangunan ini belum didedahkan.

-Amanz





Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
  • Q: Apakah nama firma kecerdasan buatan (AI) yang dimiliki oleh Elon Musk yang akan terus melabur dalam pembangunan model AI?
    A: Firma kecerdasan buatan (AI) yang dimiliki oleh Elon Musk ialah xAI.
  • Q: Apa yang sedang difokuskan oleh xAI dalam pembangunan mereka pada masa ini?
    A: xAI sedang difokuskan kepada pembangunan agen AI dan beberapa perisian lain.
  • Q: Berapakah jumlah suntikan pelaburan yang baru-baru ini diterima oleh xAI?
    A: xAI baru-baru ini meraih suntikan pelaburan berjumlah AS$20 bilion.



#Elon Musk #OpenAI #Tesla #xAI