Terkini: Kes Kematian pelatih Palapes UTM – Ikuti Perkembangan di Sini
GADGETS

xAI saman Apple, OpenAI atas dakwaan kekang persaingan dalam AI

Amanz 26/08/2025 | 06:15 MYT
Firma kecerdasan buatan milik Elon Musk, xAI memfailkan saman ke atas Apple dan juga OpenAI yang mendakwa kedua-dua syarikat tersebut berkonspirasi dalam mengekang persaingan di arena kecerdasan buatan. -Gambar hiasan/Reuters
FIRMA kecerdasan buatan milik Elon Musk, xAI memfailkan saman ke atas Apple dan juga OpenAI yang mendakwa kedua-dua syarikat tersebut berkonspirasi dalam mengekang persaingan di arena kecerdasan buatan.


Ringkasan AI
  • xAI dan X memfailkan saman terhadap Apple dan OpenAI atas dakwaan menyekat persaingan aplikasi AI seperti Grok melalui keutamaan terhadap ChatGPT di produk dan App Store Apple.
  • xAI mendakwa integrasi ChatGPT dalam iOS dan macOS menyebabkan pengguna tidak berminat memuat turun aplikasi AI lain, termasuk Grok.
  • Saman ini menuduh pelanggaran undang-undang antipersaingan dan menuntut pampasan serta perintah injunksi, sementara Apple menafikan dakwaan pilih kasih.


Saman difailkan bukan sahaja oleh xAI, tetapi juga oleh syarikat media sosial X yang kini telah diambil alih oleh xAI.

xAI mengatakan Apple tidak mengutamakan aplikasi kecerdasan buatan lain yang bersaing dengan ChatGPT, termasuk aplikasi Grok di App Store.

Sebaliknya, ia lebih mengutamakan ChatGPT milik OpenAI, termasuk mengintegrasikannya pada produk-produk Apple.

Pada masa sama, xAI mengatakan Apple membuatkan pengguna iPhone tiada sebab untuk memuat turun aplikasi AI lain, disebabkan oleh integrasi ChatGPT secara terbina pada produk Apple seperti di iOS dan macOS.

Di samping itu, xAI mengatakan Apple turut tidak menyertakan aplikasi X dan juga Grok di bawah kategori “Aplikasi Perlu Dimiliki” di App Store, berbanding aplikasi ChatGPT yang disertakan pada bahagian berkenaan – walaupun kedua-dua aplikasi berkenaan mempunyai skor yang baik, serta angka pengguna yang tinggi.

Pemfailan saman ini dilihat selari dengan apa yang disebut oleh Elon Musk beberapa minggu lepas.

Namun, ketika itu, Apple menafikan mengatakan App Store pilih kasih seperti yang didakwa. -Amanz







#Apple #xAI dan X #OpenAI #saman #Elon Musk