[LAPOR LANGSUNG] Sumud Flotilla ke Gaza – Perjalanan kini Semakin Hampir. Ikuti perkembangan di sini
GADGETS

xAI saman OpenAI, dakwa curi rahsia teknologi Grok

Amanz 30/09/2025 | 03:40 MYT
xAI dakwa OpenAI curi rahsia teknologi chatbot Grok dan merekrut jurutera mereka secara tidak sah, termasuk pemindahan kod sumber ke peranti peribadi. -Foto Amanz
SYARIKAT kecerdasan buatan milik Elon Musk, xAI, telah memfailkan saman terhadap OpenAI atas dakwaan mencuri rahsia perniagaan berkaitan teknologi chatbot Grok.


Ringkasan AI
  • xAI mendakwa OpenAI mencuri rahsia teknologi chatbot Grok dan merekrut jurutera mereka secara tidak sah, termasuk pemindahan kod sumber ke peranti peribadi.
  • Saman ini menyentuh isu etika persaingan dan perlindungan maklumat dalam industri AI, dengan Grok dilihat sebagai pesaing langsung kepada ChatGPT.
  • OpenAI menafikan dakwaan tersebut dan menyifatkan tindakan Elon Musk sebagai gangguan berterusan, sementara kes ini dijangka menarik perhatian global.


Dalam dokumen saman yang difailkan di Mahkamah Persekutuan California Utara, xAI mendakwa OpenAI telah menggunakan kaedah yang meragukan untuk merekrut bekas jurutera mereka, termasuk Xuechen Li, yang didakwa memindahkan kod sumber Grok ke peranti peribadi sebelum menyertai OpenAI.

Grok merupakan chatbot yang ditawarkan oleh xAI melalui platform X, Telegram dan aplikasi khusus, dengan keupayaan menjawab pelbagai pertanyaan, membantu pengaturcaraan serta menjana imej dan video.

Teknologi ini dilihat sebagai pesaing langsung kepada produk OpenAI seperti ChatGPT.

Menurut xAI, tindakan OpenAI bukan sahaja melibatkan pencurian maklumat teknikal, malah turut membabitkan pengambilan staf secara tidak sah termasuk jurutera dan eksekutif kewangan, sekali gus memberi kelebihan kepada OpenAI dalam persaingan pasaran kecerdasan buatan.

OpenAI dalam kenyataan balas menafikan dakwaan tersebut dan menyifatkan saman itu sebagai gangguan berterusan oleh Elon Musk terhadap syarikat berkenaan.

Sebelum ini, xAI turut memfailkan saman terhadap Apple dan OpenAI atas dakwaan menyekat persaingan melalui integrasi eksklusif ChatGPT dalam produk Apple, yang didakwa menjejaskan peluang syarikat lain dalam pasaran AI.

Kes ini dijangka menarik perhatian industri teknologi global, khususnya dalam aspek etika persaingan dan perlindungan rahsia perniagaan dalam era kecerdasan buatan yang semakin pesat berkembang. -Amanz







#Elon Musk #OpenAI #xAI #curi rahsia teknologi chatbot Grok