GADGETS
Xiaomi bakal perkenal cip SoC 'Xring01' yang dibangunkan sendiri

Xring01 dijadual dilancarkan pada penghujung Mei 2025. -Amanz
LEI Jun, CEO Xiaomi hari ini mengumumkan syarikat itu telah membangunkan cip SoC untuk telefon pintar yang tersendiri, dinamakan Xring01.
Ringkasan AI
- CEO Xiaomi, Lei Jun, mengumumkan pelancaran cip pemprosesan tersendiri syarikat itu, dinamakan Xring01, yang dijadualkan dilancarkan pada penghujung Mei 2025.
- Ini merupakan langkah strategik Xiaomi untuk mengurangkan kebergantungan kepada pembekal luar dengan membangunkan cip SoC penuh yang menyokong integrasi ekosistem mereka, selepas sebelum ini hanya membangunkan cip khusus seperti untuk pengimejan dan pengurusan tenaga.
- Spesifikasi penuh Xring01 masih belum didedahkan, namun ia menandakan Xiaomi menyertai barisan pengeluar seperti Huawei, Samsung dan Apple yang membangunkan cip mereka sendiri.
Dengan membangunkan cip pemprosesan penuh ini, Xiaomi dilihat mengambil langkah awal mengurangkan kebergantungan kepada syarikat luar, dan hadir dengan pembangunan tersendiri yang mengintegrasikan pelbagai ekosistem mereka.
Pada hari ini, beberapa pengeluar peranti sedia membangunkan cip mereka tersendiri, termasuk Huawei, Samsung dan Apple.
Buat masa ini, spesifikasi penuh untuk cip pemprosesan ini masih tidak dikongsikan lagi.
Seperti biasa, sama-sama kita nantikan penghujung Mei ini untuk melihat sendiri penawaran SoC tersendiri Xiaomi ini. -Amanz
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami