GADGETS
Xiaomi dilapor akan lancar cip 3nm sendiri pada tahun 2025

Xiaomi pernah mengeluarkan cip Surge S1 pada 2017, diikuti cip Surge C1 dan Surge P1. -Amanz
XIAOMI dilapor akan melancarkan cip rekaan sendiri pada tahun 2025.
Ringkasan AI
- Xiaomi akan melancarkan cip rekaan sendiri pada tahun 2025 menggunakan teknologi 3nm TSMC, mengurangkan pergantungan kepada cip Qualcomm dan MediaTek.
- Ini bukan kali pertama Xiaomi melancarkan cip kendiri; mereka pernah mengeluarkan cip Surge S1 pada 2017, diikuti oleh cip Surge C1 dan Surge P1.
- Penghasilan cip kendiri oleh syarikat tempatan di China diharap dapat memacu inovasi dalam industri semikonduktor, walaupun Huawei menghadapi kesukaran akibat sekatan.
Ini bukan kali pertama Xiaomi melancarkan cip kendiri. Pada tahun 2017, mereka mengeluarkan Surge S1 yang kemudiannya digunakan pada telefon pintar Mi 5c.
Seterusnya, mereka mengeluarkan cip Surge C1 khusus untuk fotografi dan Surge P1 yang menguruskan kuasa.
China sedang membangunkan industri semikonduktor mereka dan penghasilan cip kendiri oleh syarikat tempatan diharap dapat memacu inovasi.
Sebelum ini, Huawei mengeluarkan cip sendiri tetapi selepas sekatan dikenakan empat tahun lalu, usaha mereka kini terjejas teruk sehingga ketinggalan dua generasi. -Amanz
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami