awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Skuad negara akhiri kempen Piala Asia Futsal dengan kekalahan besar
JDT pesta gol, Faisal Halim selamatkan Selangor
12 pelombong terbunuh dalam serangan dron Rusia di Ukraine
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Xiaomi HyperOS 3 dilancar dengan Super Island, sokongan ekosistem Apple

Amanz
Amanz
29/08/2025
06:15 MYT
Xiaomi HyperOS 3 dilancar dengan Super Island, sokongan ekosistem Apple
Xiaomi melancarkan HyperOS 3 dengan ciri baharu seperti Super Island yang menyerupai Dynamic Island iOS. -Foto Amanz
XIAOMI HyperOS 3 telah dilancarkan hari ini sebagai sistem operasi terkini daripada mereka. HyperOS 3 membawakan pelbagai ciri baharu seperti Super Island yang mirip dengan Dynamic Island di iOS.

Ringkasan AI
  • Xiaomi melancarkan HyperOS 3 dengan ciri baharu seperti Super Island yang menyerupai Dynamic Island iOS.
  • HyperOS 3 menawarkan penambahbaikan bateri, pemperibadian skrin kunci, integrasi AI dalam video, dan sokongan ekosistem Apple.
  • Versi Beta HyperOS 3 akan diberikan kepada peranti terpilih seperti Xiaomi 15, Redmi K80 Pro dan Redmi Pad 7 Pro.

Tingkap mini Super Island boleh memaparkan maklumat pengecasan, tahap bateri fon telinga, aktiviti secara langsung, kawalan muzik dan banyak lagi.
Dua aktiviti boleh dipaparkan oleh Super Island dengan satu dalam tingkap berbentuk bujur dan satu lagi dalam bulatan.
Pemperibadian baharu pada skrin kunci juga diperkenalkan. Video sinematik boleh digunakan dengan menerusi maklumat 3D boleh menyorokkan widget seperti jam di belakang elemen dalam video.
Bagi yang lebih gemarkan animasi, video sinematik boleh diubah menjadi gaya anime menggunakan kecerdasan buatan (AI).
Pada aplikasi Gallery pula, antaramuka disusun semula dengan terdapat kategori khas untuk haiwan peliharaan. Sistem carian kini dioptimasi untuk carian lazim seperti kad perniagaan dan individu tertentu.
Menurut Xiaomi, HyperOS 3 mengurangkan penggunaan bateri sebanyak 10% apabila memainkan video, mengurangkan masa pendam sehingga 21% dan mengurangkan penggunaan bateri dalam permainan mudah alih sehingga 9%.
Pada jam tangan pula, HyperOS 3 boleh memancarkan data penjejakan kesihatan yang sedah dijejak ke dalam aplikasi kamera Xiaomi.
Katakanlah anda sedang bersenam, degupan jantung, jarak perjalanan dan kandungan oksigen dalam darah boleh dipaparkan sebagai widget dalam video yang sedang dirakam.
Ia turut boleh memaparkan degupan jantung pada sistem info hibur kereta elektrik(EV) Xiaomi.
Pada TV, sokongan penstriman multi saluran boleh dilakukan serta kawalan waktu tontonan oleh kanak-kanak. Sistem screesaver juga mempunyai lebih banyak pilihan.
Sokongan ekosistem Apple juga ditambah. Menghantar fail, gambar, video dan kata laluan WiFi boleh dilakukan dengan menyentuh iPhone.
Integrasi memaparkan telefon Xiaomi di dalam iPad juga diberikan dengan iPad juga serasi dengan ekosistem EV Xiaomi.
Menggunakan hotspot dan Find My juga ditambah baik dengan peranti Xiaomi boleh dijejak menggunakan sistem Apple. Ini hanyalah sebahagian daripada ciri baharu HyperOS 3 yang diumumkan hari ini.
Xiaomi mengumumkan HyperOS 3 versi Beta akan diberikan kepada peranti di bawah terlebih dahulu:
  • Xiaomi 15
  • Xiaomi 15 Pro
  • Xiaomi 15 Ultra
  • Xiaomi 15s Pro
  • Redmi K80 Pro
  • Redmi K80 Pro Extreme Edition
  • Redmi Pad 7 Pro
  • Redmu Pad 7S Pro 12.5
-Amanz
Topic Berkaitan
#Apple
#Xiaomi
#HyperOS 3
#Super Island
#iPhone
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan