GADGETS
Xiaomi mula keluarkan Modular Camera System, pelancaran dijangka di MWC 2026
Xiaomi memperlihatkan Xiaomi Modular Camera System sebagai kamera konsep pada MWC Barcelona 2025 untuk dipasang pada telefon pintar demi meningkatkan kemampuan penggambaran. -Foto Amanz
DI MWC Barcelona 2025, Xiaomi memperlihatkan Xiaomi Modular Camera System sebagai kamera konsep yang dipasang pada bahagian belakang telefon pintar bagi meningkatkan kemampuan penggambaran.
Ringkasan AI
Klik di sini untuk FAQ berkaitan artikel ini
Wakil Xiaomi yang ditemui ketika acara itu berkata walaupun ia sekadar konsep, sistem berkenaan sebenarnya sudah hampir sedia untuk ditawarkan kepada pengguna.
Setahun selepas pengenalan awalnya, laporan terbaharu dari China menyatakan pengeluaran penuh Xiaomi Modular Camera System dilaporkan telah pun dimulakan.
Namun, bila aksesori itu akan dilancarkan secara rasmi masih belum diketahui.
Xiaomi dijangka menggunakan pentas MWC Barcelona 2026 untuk melancarkan siri Xiaomi 17 di peringkat global, dan besar kemungkinan pengumuman mengenai penjualan modul kamera tersebut akan dibuat pada masa yang sama.
Xiaomi Modular Camera System dilengkapi sensor M4/3 Light Fusion X serta lensa yang dibangunkan sendiri oleh Xiaomi tanpa kerjasama Leica.
Pada telefon prototaip berkenaan terdapat pin sambungan Xiaomi LaserLink Technology, dengan keseluruhan sistem dipasang ke belakang peranti menggunakan magnet.
Data imej daripada modul kemudian dihantar ke telefon sebelum diproses oleh sistem Xiaomi AISP. -Amanz
Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
Ringkasan AI
- Xiaomi memperlihatkan Xiaomi Modular Camera System sebagai kamera konsep pada MWC Barcelona 2025 untuk dipasang pada telefon pintar demi meningkatkan kemampuan penggambaran.
- Meskipun masih dalam konsep, laporan terbaharu dari China menyatakan Xiaomi telah memulakan pengeluaran penuh bagi sistem kamera modular tersebut.
- Xiaomi dijangka akan melancarkan siri Xiaomi 17 dan mungkin mengumumkan penjualan modul kamera ini pada MWC Barcelona 2026, tetapi tarikh rasmi pelancarannya masih belum diketahui.
Wakil Xiaomi yang ditemui ketika acara itu berkata walaupun ia sekadar konsep, sistem berkenaan sebenarnya sudah hampir sedia untuk ditawarkan kepada pengguna.
Setahun selepas pengenalan awalnya, laporan terbaharu dari China menyatakan pengeluaran penuh Xiaomi Modular Camera System dilaporkan telah pun dimulakan.
Namun, bila aksesori itu akan dilancarkan secara rasmi masih belum diketahui.
Xiaomi dijangka menggunakan pentas MWC Barcelona 2026 untuk melancarkan siri Xiaomi 17 di peringkat global, dan besar kemungkinan pengumuman mengenai penjualan modul kamera tersebut akan dibuat pada masa yang sama.
Xiaomi Modular Camera System dilengkapi sensor M4/3 Light Fusion X serta lensa yang dibangunkan sendiri oleh Xiaomi tanpa kerjasama Leica.
Pada telefon prototaip berkenaan terdapat pin sambungan Xiaomi LaserLink Technology, dengan keseluruhan sistem dipasang ke belakang peranti menggunakan magnet.
Data imej daripada modul kemudian dihantar ke telefon sebelum diproses oleh sistem Xiaomi AISP. -Amanz
Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
- Q: Apakah yang ditunjukkan oleh Xiaomi di MWC Barcelona 2025?
A: Xiaomi memperlihatkan Xiaomi Modular Camera System sebagai kamera konsep yang dipasang pada bahagian belakang telefon pintar bagi meningkatkan kemampuan penggambaran. - Q: Apa yang dikatakan oleh wakil Xiaomi berkenaan Xiaomi Modular Camera System?
A: Wakil Xiaomi menyatakan walaupun sistem tersebut masih dalam konsep, ia hampir sedia untuk ditawarkan kepada pengguna. - Q: Apa yang dilaporkan dalam laporan terbaharu dari China berkenaan Xiaomi Modular Camera System?
A: Laporan terbaharu dari China menyatakan pengeluaran penuh Xiaomi Modular Camera System telah dimulakan, tetapi tarikh pelancarannya secara rasmi masih belum diketahui. - Q: Apakah kemungkinan pengumuman berkaitan penjualan modul kamera tersebut oleh Xiaomi?
A: Kemungkinan besar pengumuman mengenai penjualan modul kamera Xiaomi Modular Camera System akan dibuat semasa pelancaran siri Xiaomi 17 di MWC Barcelona 2026. - Q: Apa yang menjadi kelebihan Xiaomi Modular Camera System yang diperlihatkan pada telefon prototaip?
A: Telefon prototaip dilengkapi dengan sensor M4/3 Light Fusion X serta lensa yang dibangunkan sendiri oleh Xiaomi tanpa kerjasama Leica, dan sistem kamera dipasang ke belakang telefon menggunakan magnet dengan bantuan pin sambungan Xiaomi LaserLink Technology.