DREBAR
X-Trail ‘Flaming Red’ khas sempena Tahun Baru Cina
Edaran Tan Chong Motor (ETCM) memperkenalkan satu warna baharu khas – dan terhad – untuk model X-Trail iaitu ‘Flaming Red’. Warna ini memang sesuai dengan perayaan Tahun Baru Cina tidak lama lagi untuk menyambut ketibaan tahun Monyet.
Pengarah Pemasaran dan Perancangan Produk ETCM, Tan Keng Meng berkata, “Dengan memperkenalkan pilihan warna ini, kami percaya ia menambah kemeriahan untuk Nissan X-Trail sempena sambutan Tahun Baru Cina. Merah sememangnya warna yang penuh semangat – ia adalah warna cinta dan api, serta sering dikaitkan dengan keghairahan. Bagi masyarakat Cina, warna merah melambangkan nasib yang baik, kemakmuran dan kegembiraan.”
X-Trail yang dipasang secara CKD ini didapati dalam dua varian iaitu 2.5L 4WD dan 2.0L 2WD, masing-masing menghasilkan 169hp/233Nm dan 142hp/200Nm. Transmisi pula adalah jenis CVT.
Nissan X-Trail dengan warna Flaming Red ini ditawarkan pada harga RM159,164.06 untuk 2.5L 4WD dan RM136,976.96 bagi varian 2.0L 2WD (harga di atas jalan termasuk GST tanpa insurans di Semenanjung Malaysia). Nissan X-Trail ini hadir bersama jaminan selama tiga tahun atau perbatuan sejauh 100,000km (mana-mana tiba dahulu).
Turut berkaitan: Kempen ‘Drive to Prosperity’ yang berlangsung sehingga akhir Januari 2016 hingga Tahun Baru Cina.