GADGETS
Yahoo jual AOL kepada pemilik Vimeo, Bending Spoons
Bending Spoons merancang pelaburan untuk meningkatkan penggunaan dan memperkukuh perniagaan AOL, menyumbang kepada pertumbuhan pengguna keseluruhan mereka. -Foto Amanz
BENDING Spoons, sebuah syarikat berpusat di Itali, agak aktif dalam mengambil alih sejumlah syarikat internet lain yang mula kehilangan sinarnya.
Ringkasan AI
Setakat ini, mereka telah mengambil alih syarikat seperti MeetUp, Evernote, WeTransfer dan dalam proses mengambil alih Vimeo.
Menurut Bending Spoons, mereka mempunyai lebih 300 juta pengguna aktif bulanan, dan 10 juta pelanggan berbayar.
Terbaharu, turut menambah di bawah portfolio mereka adalah AOL.
AOL sebelum ini dimiliki di bawah Yahoo – yang diuruskan oleh Apollo Funds. Nilai pengambilalihan tidak dinyatakan buat masa ini.
AOL sebelum ini sedia menawarkan perkhidmatan internet dial-up, dan turut mempunyai penawaran seperti portal web dan perkhidmatan emel.
Salah satu perkhidmatan yang masih aktif digunakan ramai di bawah AOL adalah emel, di mana ia mempunyai 8 juta pengguna harian, dan 30 juta pengguna bulanan.
Bending Spoons mengatakan mereka ingin melakukan pelaburan dalam terus meningkatkan lagi kadar penggunaan produk berkenaan, serta menambah baik perniagaan AOL.
Ini juga dijangka akan terus menambah kepada angka pengguna keseluruhan perkhidmatan di bawah Bending Spoons. -Amanz
Ringkasan AI
- Bending Spoons dari Itali aktif mengambil alih syarikat internet yang merosot seperti MeetUp, Evernote, WeTransfer dan kini AOL serta Vimeo.
- AOL, yang terkenal dengan perkhidmatan emel, kini mempunyai 30 juta pengguna bulanan dan 8 juta pengguna harian.
- Bending Spoons merancang pelaburan untuk meningkatkan penggunaan dan memperkukuh perniagaan AOL, menyumbang kepada pertumbuhan pengguna keseluruhan mereka.