awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Arab Saudi catat lebih 11.9 juta jemaah umrah pada bulan Jumada al-Akhirah
UNMISS: 13 Pegawai PDRM selamat tiba di tanah air dari Sudan Selatan
Kanak-kanak 10 tahun maut dalam kemalangan di Kuala Krai
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Yahoo jual TechCrunch kepada firma pelaburan

Amanz
Amanz
22/03/2025
04:40 MYT
Yahoo jual TechCrunch kepada firma pelaburan
TechCrunch telah diasaskan sekitar 2005 yang lepas, dan pada tahun ini ia berusia sekitar 20 tahun. -Amanz
YAHOO hari ini dilihat telah menjual salah satu laman teknologi TechCrunch kepada sebuah firma pelaburan, dinamakan Regent.

Ringkasan AI
  • Yahoo menjual TechCrunch kepada firma pelaburan Regent.
  • TechCrunch, yang diasaskan pada 2005, kini berusia 20 tahun.
  • Regent juga telah mengambil alih Foundry, syarikat di sebalik MacWorld dan PCWorld.

Nilai jualan tidak diumumkan buat masa ini.
TechCrunch telah diasaskan sekitar 2005 yang lepas, dan pada tahun ini ia berusia sekitar 20 tahun.
Laman TechCrunch sedia memfokuskan kepada berita teknologi, di samping turut memberi fokus utama terhadap syarikat pemula serta dunia pelaburan melibatkan syarikat teknologi.
Syarikat yang mengambil alih TechCrunch juga sebelum ini telah mengambil alih Foundry, iaitu syarikat di sebalik MacWorld dan juga PCWorld.
Dengan pengambilalihan ini, Regent mengukuhkan lagi kedudukan dan portfolio mereka melibatkan media teknologi.
Sebelum ini, TechCrunch telah diambil alih oleh AOL pada tahun 2010 yang lepas.
Tidak lama selepas itu, Verizon telah mengambil alih AOL dan meletakkan pelbagai jenama media di bawah Yahoo.
Pada 2021 yang lepas, Verizon telah menjual Yahoo kepada firma pelaburan Apollo Global. -Amanz
Topic Berkaitan
#pelaburan
#TechCrunch
#firma pelaburan Regent
#Foundry
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan