GADGETS

Yahoo Mail kurangkan storan percuma dari 1TB kepada 20GB

Amanz 29/06/2025 | 03:20 MYT
Yahoo! mengurangkan storan emel percuma daripada 1TB kepada 20GB, dan storan untuk langganan Yahoo Mail Plus daripada 5TB kepada 200GB. -Amanz
YAHOO! memaklumkan semua pengguna mereka bahawa storan untuk perkhidmatan emel akan dikurangkan kepada 20GB bergerak ke hadapan.

Ringkasan AI
  • Yahoo! mengurangkan storan emel percuma daripada 1TB kepada 20GB, dan storan untuk langganan Yahoo Mail Plus daripada 5TB kepada 200GB.
  • Tiada sebab rasmi diberikan untuk pengurangan storan ini.
  • Perubahan ini mengecewakan pengguna setia yang sebelum ini memilih Yahoo! kerana tawaran storan besar.

Sebab pengurangan ini tidak dinyatakan.
Sebelum ini, Yahoo Mail merupakan antara penyedia perkhidmatan emel dengan ruangan storan bersaiz besar, iaitu 1TB untuk versi percuma.
Namun, melalui kemas kini baharu ini, ia dikurangkan secara drastik kepada 20GB sahaja.
Selain untuk akaun percuma, langganan Yahoo Mail Plus juga dikurangkan daripada 5TB sebelum ini kepada 200GB.
Perkara ini turut tidak digemari dengan pengguna tegar Yahoo! Mail yang sedia melanggannya untuk ruangan storan besar sebelum ini. -Amanz
#YAHOO #storan emel percuma #1TB kepada 20GB #storan untuk langganan