DREBAR

Yamaha MT-07 sekarang dipasang di dalam negara; dan turun harga!

Astro Publication 10/06/2015 | 18:10 MYT

Yamaha MT-07 telah dilancarkan dengan rasmi oleh Hong Leong Yamaha Motor Sdn. Bhd. Bezanya sekarang, motorsikal ini dipasang sepenuhnya di Malaysia. Dengan itu, harganya pun diturunkan – sekarang RM35,296 (termasuk GST, tidak termasuk cukai jalan dan insurans).

(Baca di sini untuk laporan pelancaran MT-07 diimport sebelum ini)

Model empat lejang, 689cc, dua silinder dengan suntukan bahan api ini adalah model motor besar ketiga yang dipasang di kilang Sungai Buloh selepas siri XJ dan MT-09.

Ia akan mula dijual bermula pertengahan Jun 2015 dan boleh didapati di dalam dua pilihan warna iaitu kuning (Extreme Yellow) atau ungu (Deep Armour).
# CKD # MT-07 #Yamaha