KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan membayar zakat sebanyak RM10 juta bagi tahun ini.

Hal itu dimaklumkan menerusi satu kemas kini di Facebook rasmi baginda.

Cek zakat diserahkan baginda kepada Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ), Nasri Md Ali.

Ia disaksikan Mufti Johor, Datuk Yahya Ahmad.