Yang di-Pertuan Agong berangkat ke UAE atas jemputan khas Presiden

Lawatan khas julung kali Yang di-Pertuan Agong ke UAE itu adalah atas jemputan Presiden UAE Sheikh Mohamed bin Zayed Al Nahyan. - Foto FB Sultan Ibrahim Sultan Iskandar
JOHOR BAHRU: Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim hari ini berkenan berangkat ke Emiriah Arab Bersatu (UAE) bagi lawatan khas bermula hari ini hingga 24 Dis ini.
Ringkasan AI
- Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berangkat ke UAE atas jemputan Presiden UAE Sheikh Mohamed bin Zayed Al Nahyan.
- Lawatan khas julung kali baginda ke UAE bermula hari ini hingga 24 Disember.
- Pesawat khas baginda berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Senai pada 9 pagi, disambut oleh wakil kerajaan Johor.
Turut hadir di Hangar Diraja bagi mengucapkan selamat berangkat kepada Seri Paduka Baginda ialah Setiausaha Kerajaan Johor Datuk Asman Shah Abd Rahman.
Hadir sama Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara Tan Sri Datuk Dr. Azmi Rohani serta Pengelola Bijaya Diraja Johor Kolonel (B) Datuk Mohamed Perang Musa.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami


