Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Sultan Haji Ahmad Shah Al Musta'in Billah berangkat tiba di Dataran Parlimen bagi istiadat melafaz sumpah dan menandatangani surat memegang jawatan sebagai Yang di-Pertuan Agong Ke-16.
Baginda tiba bersama Tengku Ampuan Pahang, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Al-Marhum Al-Mutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al-Haj.
Ketibaan Al-Sultan Abdullah pada pukul 10.07 pagi disambut oleh Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan isteri Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali serta Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
Keberangkatan tiba Seri Paduka Baginda disambut tiupan nafiri oleh 14 anggota Kor Armor Diraja disusuli 21 das tembakan meriam yang dilaksanakan oleh pasukan 41 Bateri Rejimen Artileri Diraja (Istiadat).
Al-Sultan Abdulllah seterusnya berangkat ke Peterana Diraja, melintasi pasukan kawalan tombak, diikuti persembahan tabik ‘Hormat Diraja’ oleh pasukan kawalan kehormatan utama yang terdiri daripada empat pegawai dan 103 anggota daripada Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD).
Kawalan kehormatan utama diketuai Mejar Mohd Izham Ahmad Rashidi dibantu Kapten Muhammad Firdaus Mat Hayin.
Istiadat diteruskan dengan lagu Negaraku oleh Pasukan Pancaragam Pusat RAMD yang dipimpin Kapten Nor Azizan Yahaya, serentak dengan pengibaran panji-panji Yang di-Pertuan Agong.
Pegawai Pembawa Panji-panji Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong adalah Leftenan Mohamad Helmi Husaini Abdul Rahman manakala Pegawai Pembawa Panji-panji Rejimen adalah Leftenan Muhammad Asyraf Zulkifli.
Baginda seterusnya mencemar duli memeriksa kawalan kehormatan utama diikuti bacaan doa oleh Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri.
Al-Sultan Abdullah kemudian berangkat ke Istana Negara untuk istiadat melafaz sumpah jawatan dan menandatangani surat memegang jawatan sebagai Yang di-Pertuan Agong Ke-16.
Harits Asyraf Hasnan
Thu Jan 31 2019
Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah mencemar duli memeriksa kawalan kehormatan utama yang terdiri daripada empat pegawai dan 103 anggota daripada Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja. - Foto Astro AWANI / Shahir Omar
Aaron-Wooi Yik Olimpian Tahunan 2024
Ia mengiktiraf pencapaian luar biasa mereka menyumbang pingat gangsa selepas menewaskan Kim Astrup-Anders Skaarup Rasmussen.
Berakhirnya pemerintahan Baath Syria buka jalan kepada keamanan - Erdogan
Erdogan mengulangi komitmen Turkiye untuk terus menyokong golongan tertindas di seluruh dunia.
Kesan kenaikan cukai import minyak sawit oleh India bersifat sementara - KPK
Kenaikan itu sebahagian daripada usaha India melindungi harga minyak tempatan dan menyokong industri pertanian domestiknya.
Ketiadaan akauntabiliti antarabangsa bolehkan Israel lakukan jenayah terhadap rakyat Palestin - PM Mustafa
Beliau berkata demikian semasa pertemuan dengan Wakil Khas Kesatuan Eropah untuk Proses Keamanan Asia Barat Sven Koopmans pada Rabu.
Qatar akan buka semula kedutaan di Damsyik selepas 13 tahun
Doha akan membuka semula kedutaannya di Syria tidak lama lagi selepas memuktamadkan pengaturan yang diperlukan.
Pusat Data Bagan Datuk bakal jadi pencetus perubahan ekonomi digital global
Ia bagi menyediakan infrastruktur kritikal untuk menyokong operasi perniagaan moden dan membuka peluang dalam sektor perkhidmatan kewangan.
Rusia: Penipu curi puluhan juta dolar melalui pusat panggilan ditahan
Penipu yang mencuri puluhan juta dolar daripada penduduk lebih 20 negara melalui tiga pusat panggilan telah ditahan di Moscow.
Protes diteruskan hingga Suk Yeol dipecat
Para penunjuk perasaan kekal mengadakan protes di bandar Seoul agar Presiden Yoon Suk Yeol dipecat daripada jawatannya.
Cubaan serbu pejabat Presiden Yoon Suk Yeol gagal
Menurut media tempatan, pihak polis tidak dapat memasuki bangunan utama kerana gagal mencapai persetujuan dengan pihak perkhidmatan rahsia mengenai kaedah penggeledahan dan penyitaan.
Bekas Menteri Pertahanan Korea cuba bunuh diri
Menurut Ketua Pesuruhajaya Perkhidmatan Korea, Shin Yong Hae pada Rabu, Kim kini sedang menerima rawatan susulan dan berada dalam keadaan stabil.
Pertabalan Raja Charles III: Agong, Permaisuri berangkat tiba di London
Lawatan Khas Seri Paduka Baginda berdua ke London itu adalah atas persilaan Raja Charles III bagi menghadiri Istiadat Pertabalan Baginda sebagai Pemerintah UK di Westminster Abbey pada Sabtu ini.
Agong, Permaisuri berangkat ke London, hadiri pertabalan Raja Charles III
Ia bagi menghadiri Istiadat Pertabalan Pemerintah United Kingdom (UK) di Westminster Abbey pada Sabtu ini.
Presiden UAE meninggal dunia: Agong berkenan kibar bendera peribadi separuh tiang lima hari
Allahyarham Sheikh Khalifa Zayed meninggal dunia semalam pada usia 73 tahun.
Ismail Sabri tinggalkan Istana Negara
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob selesai mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Ke-9 di Istana Negara pada jam 2.28 petang, hari ini.
Kembara Cinta Diraja Seiring Kasih Rakyat: Tak menang tangan tatkala musibah menimpa rakyat
Keperibadian berjiwa rakyat yang tinggi menjadi sebab mengapa baginda berdua sering dilihat tidak menang tangan tatkala musibah menimpa rakyat.
Ulang Tahun Perkahwinan ke-35 Pasangan Diraja: Biodata Yang Di-Pertuan Agong
Al-Sultan Abdullah diputerakan pada 30 Julai 1959 di Istana Mangga Tunggal, Pekan, Pahang.
#AgongKita: Kaji semula program pembangunan sukan untuk lahir atlet berjaya, titah Al-Sultan Abdullah
Sultan Abdullah bertitah adalah menjadi impian mana-mana pemimpin, apatah lagi sebagai ketua utama negara untuk melihat kejayaan atlet negara menjulang nama Malaysia.
#AgongKita: Institusi Yang di-Pertuan Agong bukan sekadar simbol
Sultan Abdullah bertitah banyak pihak menyatakan rakyat di negara ini dilihat semakin berpecah belah, namun Seri Paduka berpandangan ia tidak serapuh seperti yang dikatakan.
Al Sultan Abdullah pencetus inspirasi bola sepak Malaysia, Asia - AFC
Shaikh Salman juga secara peribadi menzahirkan ucapan terima kasih kepada Yang di-Pertuan Agong atas sumbangan dan komitmen cemerlang baginda terhadap pembangunan bola sepak.
Yang di-Pertuan Agong berangkat tiba di Dataran Parlimen
Al-Sultan Abdullah kemudian berangkat ke Istana Negara untuk istiadat melafaz sumpah jawatan dan menandatangani surat memegang jawatan.