Skip to main content

Malaysia

Yang di-Pertuan Agong terima mengadap Menteri Besar Johor

Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan menerima mengadap Datuk Onn Hafiz Ghazi. - Foto Facebook/Sultan Ibrahim Sultan Iskandar
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan menerima mengadap Datuk Onn Hafiz Ghazi. - Foto Facebook/Sultan Ibrahim Sultan Iskandar

Advertisement

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan menerima mengadap Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi, di Istana Negara hari ini.

Menurut kenyataan yang dimuat naik menerusi media sosial Istana Negara, sesi mengadap itu berlangsung sebelum Seri Paduka Baginda berangkat menghadiri Mesyuarat Majlis Raja-Raja (MRR) Ke-273.

Mesyuarat berkenaan dipengerusikan oleh Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah.

Mesyuarat Majlis Raja-Raja merupakan platform yang menghimpunkan Raja-Raja Melayu bagi membincangkan pelbagai perkara berkepentingan negara selaras dengan peruntukan Perlembagaan Persekutuan.

 

 

Must Watch Video

Advertisement