Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang terima kunjungan hormat PM Anwar

Bernama
April 14, 2023 04:25 MYT
Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang Tun Ahmad Fuzi Abdul Razak (kanan) ketika menerima kunjungan hormat Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di kediaman rasminya di Seri Mutiara hari ini. - Foto BERNAMA
GEORGE TOWN: Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang Tun Ahmad Fuzi Abdul Razak menerima kunjungan hormat Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di Seri Mutiara, di sini.
Perdana Menteri yang tiba di kediaman rasmi Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang itu pada pukul 10.45 pagi, mengadakan pertemuan dengan Tun Ahmad Fuzi selama hampir sejam.
Kunjungan hormat Anwar itu julung kali diadakan selepas beliau dilantik memimpin Kerajaan Perpaduan pada November tahun lepas.
-- BERNAMA
#Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang #kunjungan hormat #Anwar Ibrahim #Tun Ahmad Fuzi Abdul Razak