[TERKINI] Gelombang Serangan Baharu Iran-Israel | Trump Timbang Tindakan Ketenteraan AS. Klik untuk laporan penuh.
NATIONAL

Yang di-Pertuan Agong bayar zakat RM10 juta

Astro Awani 07/04/2024 | 09:06 MYT
Cek zakat diserahkan baginda kepada Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ), Nasri Md Ali. - Foto Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar
KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan membayar zakat sebanyak RM10 juta bagi tahun ini.
Hal itu dimaklumkan menerusi satu kemas kini di Facebook rasmi baginda.
Cek zakat diserahkan baginda kepada Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ), Nasri Md Ali.
Ia disaksikan Mufti Johor, Datuk Yahya Ahmad.
#Yang di-Pertuan Agong #Sultan Ibrahim #zakat