MALAYSIA
Yang di-Pertuan Agong perkenan 13 akta pindaan Parlimen 2025
Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim telah memperkenankan sejumlah rang undang-undang pindaan bagi sesi Parlimen 2025. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim telah memperkenankan sejumlah rang undang-undang pindaan bagi sesi Parlimen 2025.
Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul pada hari ini berkata, perkenan itu melibatkan beberapa akta utama yang telah diluluskan di Dewan Rakyat dan Dewan Negara baru-baru ini.
Antara yang diperkenan ialah Akta Fi dan Feri Pengkalan Kubur (Pengesahan) 2025 serta Akta Kehadiran Wajib Pesalah-pesalah (Pindaan) 2025.
Turut mendapat perkenan ialah Akta Pendidikan (Pindaan) 2025 dan Akta Pendaftaran Negara (Pindaan) 2025.
Selain itu, Yang di-Pertuan Agong turut memperkenankan Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (Pindaan) 2025, Akta Kerajaan Tempatan (Pindaan) 2025, dan Akta Jalan, Parit dan Bangunan (Pindaan) 2025.
Dalam senarai sama ialah Akta Racun (Pindaan) 2025 dan Akta Perlindungan Pemberi Maklumat (Pindaan) 2025.
Bidang tenaga turut melibatkan perkenan terhadap Akta Suruhanjaya Tenaga (Pindaan) 2025, Akta Bekalan Elektrik (Pindaan) 2025, dan Akta Pelesenan Tenaga Atom (Pindaan) 2025.
Sultan Ibrahim turut memperkenankan Akta Duti Timbal Balas dan Anti-Lambakan (Pindaan) 2025, melengkapkan keseluruhan rang undang-undang pindaan bagi sesi berkenaan.
Johari mengumumkan perkara itu semasa permulaan persidangan Dewan Rakyat, di sini.