MALAYSIA
Yang di-Pertuan Agong selamat berangkat pulang ke Malaysia
Lawatan khas Sultan Ibrahim ke UAE adalah atas undangan Presiden UAE Sheikh Mohamed Zayed Al Nahyan. - Foto FB Sultan Ibrahim Sultan Iskandar
JOHOR BAHRU: Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim selamat berangkat pulang ke tanah air hari ini selepas mengadakan lawatan khas dua hari ke Emiriah Arab Bersatu (UAE).
Ringkasan AI
Menerusi hantaran di laman Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, keberangkatan tiba Seri Paduka Baginda di Lapangan Terbang Antarabangsa Senai pada 9.20 pagi disambut oleh Setiausaha Kerajaan Johor Datuk Asman Shah Abd Rahman, Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara Tan Sri Dr Azmi Rohani dan Pengelola Bijaya Diraja Johor Kolonel (B) Datuk Mohamed Perang Musa.
Lawatan khas Sultan Ibrahim ke UAE adalah atas undangan Presiden UAE Sheikh Mohamed Zayed Al Nahyan.
Perbincangan Seri Paduka Baginda bersama Sheikh Mohamed telah meneroka pelbagai peluang kerjasama antara Malaysia dan UAE dalam bidang pertahanan, pelaburan serta keterjaminan makanan.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- Sultan Ibrahim selamat tiba di Malaysia selepas lawatan khas dua hari ke UAE.
- Lawatan tersebut adalah atas undangan Presiden UAE, Sheikh Mohamed Zayed Al Nahyan.
- Perbincangan antara Sultan Ibrahim dan Sheikh Mohamed meneroka kerjasama dalam bidang pertahanan, pelaburan, dan keterjaminan makanan.