awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Izara Aishah hamil cahaya mata ketiga
“Adakah kamu syaitan itu sendiri?” - Epstein disoal dalam rakaman temu bual baharu didedahkan
Khamenei beri amaran kepada AS serangan akan mencetuskan perang serantau
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

YAPEIM umum pelantikan 10 Ahli Lembaga Pemegang Amanah baharu

Bernama
Bernama
09/10/2024
23:50 MYT
YAPEIM umum pelantikan 10 Ahli Lembaga Pemegang Amanah baharu
YAPEIM mengumumkan pelantikan 10 Ahli Lembaga Pemegang Amanah bagi sesi 2024/26 berkuat kuasa 7 Okt, pada satu majlis yang disempurnakan Mohd Na'im (tengah) di Kuala Lumpur semalam. - Foto YAPEIM
KUALA LUMPUR: Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YAPEIM) semalam mengumumkan pelantikan 10 Ahli Lembaga Pemegang Amanah (LPA) YAPEIM bagi sesi 2024/26 yang berkuat kuasa pada 7 Okt lepas.
YAPEIM menerusi kenyataan memaklumkan majlis penyerahan watikah pelantikan itu disempurnakan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar di Ibu Pejabat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) di sini.
Kenyataan itu menyebut lapan daripada mereka adalah lantikan semula termasuk Pengerusi LPA YAPEIM Datuk Mohd Radzif Mohd Yunus.
Ahli LPA lain ialah Kolonel Datuk Mohd Ajib Ismail, Datuk Kamel Mohamad, Profesor Datuk Dr Saadiah Mohamad, Dr 'Aida Othman, Dr Zaiyadi Awang Noh, Shatiri Mansor, Abdul Khudus Mohd Naaim, Rohani Mohd Shahir dan Khairul Faiz Morat @ Abd Morat.
"Semoga pelantikan Ahli LPA YAPEIM bagi sesi 2024/26 ini dapat memberi sumbangan dalam meletakkan yayasan ini di peringkat yang lebih tinggi," katanya.
Dalam pada itu, Mohd Na'im ketika berucap pada majlis berkenaan berharap barisan LPA yang dilantik dapat memberi nasihat, panduan serta cadangan bernas dalam memajukan YAPEIM pada masa depan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#YaPEIM
#Ahli Lembaga Pemegang Amanah
#Mohd Na'im Mokhtar
#ekonomi islam
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan