awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Festival Kraf Johor 2025: MOTAC sasar nilai jualan RM9.8 juta
Yen naik ke paras melebihi 155 berbanding dolar AS susulan kebimbangan campur tangan mata wang
SHMMP: KPDN Johor catat 354 kes
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Yasmin Mahmood letak jawatan sebagai Pengerusi Pos Malaysia

Bernama
Bernama
29/03/2021
14:24 MYT
Yasmin Mahmood letak jawatan sebagai Pengerusi Pos Malaysia
Selepas berkhidmat dua tahun sebagai Pengerusi Pos Malaysia, Datuk Yasmin Mahmood akan meletak jawatan berkuat kuasa 1 April depan, dan posisinya akan diganti Datuk Seri Syed Faisal Albar Syed Ali Rethza Albar. - Gambar Fail
KUALA LUMPUR: Tokoh teknologi digital dan industri perusahaan terkemuka, Datuk Yasmin Mahmood akan meletak jawatan sebagai Pengerusi Pos Malaysia Bhd berkuat kuasa 1 April selepas berkhidmat selama dua tahun.
Dalam kenyataan hari ini, penyedia perkhidmatan penghantaran pos itu berkata syarikat telah melantik salah seorang ahli Lembaga Pengarah semasanya, Datuk Seri Syed Faisal Albar Syed Ali Rethza Albar, untuk menggantikan Yasmin.
Syed Faisal Albar kini merupakan Pengarah Urusan Kumpulan DRB-Hicom Bhd dan pernah berkhidmat sebagai Pengarah Urusan Kumpulan Pos Malaysia dari 2008 hingga 2011.
Pos Malaysia berkata Yasmin telah menyatakan hasratnya untuk meletak jawatan berikutan tanggungjawabnya yang semakin meningkat di Malaysia dan di rantau ini.
Menurut makluman kepada Bursa Malaysia, peletakan jawatan beliau berikutan “komitmen dalam usaha lain.”
“Beliau telah menjadi anggota Pos Malaysia, telah menerajui Lembaga Pengarah dan pengurusan untuk menerapkan inisiatif digital, merasionalisasi tarif pos dan meletakkan syarikat di landasan yang tepat ke arah pelan pemulihan yang kukuh,” katanya.
Pos Malaysia turut mengumumkan pelantikan Datuk Jezilee Mohamad Ramli sebagai pengarah bukan eksekutif.
Katanya beliau pernah berkhidmat di Pos Malaysia sebagai Ketua Kumpulan, Perkhidmatan Korporat dan kini merupakan Ketua Pegawai Operasi, Perkhidmatan Korporat DRB-Hicom Bhd.
--- BERNAMA
Topic Berkaitan
#pos malaysia
#Datuk Yasmin Mahmood
#Syed Faisal Albar Syed Ali Rethza Albar
#DRB-Hicom
#Jezilee Mohamad Ramli
#letak jawatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan