awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Isu tadbir urus rumah ibadat perlu ditangani tanpa sentimen kaum, agama - Kementerian
Konvensyen PKR Selangor: ‘Yang tak mahu kerja, keluar’ - Anwar
Astro perkasa kebersamaan menerusi 'Assalamualaikum Terengganu' dengan tema 'Bila Bersama Lagi Jadi'
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Yayasan Bank Rakyat agih bantuan kembali ke sekolah

Astro Awani
Astro Awani
19/12/2020
01:24 MYT
Yayasan Bank Rakyat agih bantuan kembali ke sekolah
Majlis penyerahan bantuan di Dewan Orang Ramai Blok N, Pangsapuri Bandar Tasik Kesuma, semalam turut dihadiri Pengerusi YBR Datuk Nazir Hussin Akhtar Hussin. - Astro AWANI
SEMENYIH:Peruntukan berjumlah RM75,000 disediakan oleh Yayasan Bank Rakyat (YBR) untuk 500 murid sekolah rendah dan menengah di sekitar Semenyih dan Dusun Tua sempena Program Kembali ke Sekolah.
Menurut Pemangku Pengurus Besar YBR, Mohd Fauzi Md Fadzil bantuan persekolahan berupa set baju, kasut dan beg sekolah yang bernilai RM150 disumbangkan kepada setiap murid yang telah dikenal pasti di kalangan keluarga berpendapatan B40 serta ada di antara mereka yang terkesan akibat musibah banjir.
“Sumbangan yang diterima oleh murid-murid ini diharapkan dapat membantu mempertingkatkan minat mereka untuk hadir ke sekolah serta sebagai pembakar semangat untuk belajar bersungguh-sungguh bagi memperoleh keputusan cemerlang.
“Bantuan ini turut diinspirasikan melalui penerapan elemen pembelajaran menyeronokkan bagi memastikan murid-murid sentiasa gembira ke sekolah sekali gus dapat melahirkan insan yang seimbang dan harmoni merangkumi aspek intelek, rohani, emosi dan jasmani,” katanya dalam satu kenyataan.
Majlis penyerahan bantuan itu diadakan di Dewan Orang Ramai Blok N, Pangsapuri Bandar Tasik Kesuma, di sini, pada Jumaat, yang turut dihadiri Pengerusi YBR, Datuk Nazir Hussin Akhtar Hussin.
Majlis penyerahan bantuan itu diadakan di Dewan Orang Ramai Blok N, Pangsapuri Bandar Tasik Kesuma, di sini petang Jumaat yang turut dihadiri oleh Pengerusi YBR, Datuk Nazir Hussin Akhtar Hussin.

Jelas Nazir, YBR bukan sahaja menyumbang bantuan persekolahan, tetapi turut membuktikan organisasi berkenaan sebagai sebuah organisasi yang membantu meningkatkan tahap pendidikan negara.
“Bantuan yang diberikan ini juga membuktikan keprihatinan badan bukan berkeuntungan dalam menjalankan tanggungjawab bagi memastikan semua lapisan masyarakat dapat mengecapi limpahan ekonomi dalam negara,” katanya.
Justeru, dengan bantuan yang diberikan sedikit sebanyak mempengaruhi peningkatan kecemerlangan dan kemenjadian murid terutamanya dalam membentuk sahsiah murid yang terpuji seperti yang termaktub di dalam aspirasi pendidikan negara.
Topic Berkaitan
#Yayasan Bank Rakyat
#Semenyih
#Dusun Tua
#Program Kembali Ke Sekolah
#Mohd Fauzi Md Fadzil
#bantuan
#sekolah
#ybr
#Nazir Hussin Akhtar Hussin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan