awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
GMWA2025: Meerqeen terharu sokongan peminat - “Kalau menang itu rezeki…”
Pesakit Palestin tiba di Mesir selepas laluan Rafah dibuka semula secara terhad
Bekas presiden Chile Bachelet bertanding jawatan Setiausaha Agung PBB
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Yayasan Didik Negara bantu pelajar terjejas banjir - Fadhlina

Faida Rahim
Faida Rahim
05/12/2024
04:50 MYT
Yayasan Didik Negara bantu pelajar terjejas banjir - Fadhlina
Fadhlina Sidek berkata, yayasan berkenaan komited dalam memastikan bantuan dan keperluan pelajar terjejas akibat banjir disediakan secukupnya. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Yayasan Didik Negara di bawah seliaan Kementerian Pendidikan (KPM) mengambil tanggungjawab membantu pelajar yang terkesan akibat banjir.
Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, yayasan berkenaan komited dalam memastikan bantuan dan keperluan pelajar terjejas akibat banjir disediakan secukupnya.
"Untuk makluman, Yayasan Didik Negara komited untuk memastikan dan menyalurkan bantuan terutama keperluan murid kepada mereka yang terkesan akibat banjir.
"Yang pertama, dalam konteks ini Yayasan Didik Negara telahpun memastikan bahawa alat tulis kelengkapan barangan sekolah anak-anak ini akan dilengkapkan, khususnya yang akan mengambil peperiksaan.
"Dalam pada itu, Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) juga telah menyediakan alat tulis, alat kelengkapan sekolah untuk mereka yang menghadapi peperiksaan dan bagi mereka yang menghadapi pembukaan sekolah nanti yang terjejas dengan banjir juga, akan menjadi tanggungjawab. Kita akan lihat dalam keseluruhan itu nanti," katanya.
Beliau menjawab soalan tambahan Datuk Seri Jalaluddin Alias (BN-Jelebu) yang ingin tahu sama ada kementerian ada menyediakan peruntukan khas kepada pelajar-pelajar serta bantuan untuk memasuki sesi persekolahan akan datang khusus kepada mereka yang terjejas akibat banjir di Dewan Rakyat.
Mengulas lanjut, Fadhlina berkata, KPM akan melihat keperluan untuk menyediakan bantuan kepada pelajar terjejas banjir yang akan melalui pembukaan sekolah nanti menerusi Bantuan Kecemasan Kewangan Amanah Pelajar Miskin.
Dapatkan info, ramalan cuaca dan berita terkini di sini
Topic Berkaitan
#Yayasan Didik
#Fadhlina Sidek
#banjir2024
#monsun timur laut
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan