awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Itali tangkap ketua mafia yang lama diburu di pangsapuri rahsia di Naples
Forest City berpotensi selesai isu kesesakan trafik, kepadatan penduduk Johor Bahru
Denda RM3.81 juta bagi kesalahan alam sekitar tahun ini - JAS Johor
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Yayasan PEKEMA sasar 10,000 pelajar terima manfaat sepanjang 2026

Astro Awani
Astro Awani
24/12/2025
11:30 MYT
Yayasan PEKEMA sasar 10,000 pelajar terima manfaat sepanjang 2026
Sebahagian penerima manfaat Program Kembali ke Sekolah 2026 bergambar bersama tetamu kehormat dan barisan kepimpinan PEKEMA pada majlis penyerahan sumbangan di Dewan Sri Siantan, Selayang - Foto Yayasan PEKEMA
KUALA LUMPUR: Yayasan Persatuan Pengimport dan Peniaga Kenderaan Melayu Malaysia (PEKEMA) terus komited membantu golongan kurang berkemampuan menerusi Program Kembali ke Sekolah 2026 bagi meringankan beban kewangan keluarga menjelang sesi persekolahan baharu.

Ringkasan AI
  • PEKEMA komited bantu golongan kurang berkemampuan melalui Program Kembali ke Sekolah 2026, menyediakan sumbangan beg sekolah dan kelengkapan persekolahan asas untuk 10,000 pelajar di seluruh Semenanjung Malaysia.
  • Inisiatif CSR ini dijangka meringankan beban kewangan keluarga berpendapatan rendah, memberi semangat dan keyakinan diri kepada pelajar memulakan alam persekolahan dengan positif.
  • Kolaborasi antara Yayasan PEKEMA, Pusat Khidmat Masyarakat Zon 10 MPS dan KRESMA menunjukkan komitmen dalam memastikan kebajikan masyarakat terus diberi keutamaan, khususnya dalam menyokong pembangunan generasi muda yang berdaya saing.

Menerusi pelaksanaan program sepanjang tahun 2026, persatuan itu menyasarkan seramai 10,000 pelajar di seluruh Semenanjung Malaysia menerima manfaat sumbangan beg sekolah dan kelengkapan persekolahan asas, yang akan diagihkan secara berperingkat.
Presiden PEKEMA, Datuk Mohamed Nazari Noordin berkata, inisiatif tanggungjawab sosial korporat (CSR) itu bukan sahaja membantu keluarga berpendapatan rendah, malah menyuntik semangat dan keyakinan diri pelajar untuk memulakan alam persekolahan dengan lebih positif.
"Program berkenaan bukan sekadar acara tahunan, sebaliknya mencerminkan komitmen berterusan PEKEMA dan Yayasan PEKEMA dalam melaksanakan inisiatif yang memberi impak langsung kepada masyarakat.
"Menjelang sesi persekolahan baharu, masih ramai ibu bapa dan penjaga yang berdepan cabaran kewangan. Justeru, sumbangan ini diharap dapat meringankan beban mereka, di samping menyemai kesedaran bahawa pendidikan merupakan aset terpenting dalam membina masa depan negara," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.
Beliau menambah, organisasi yang mewakili pemain industri automotif Bumiputera, PEKEMA bukan sahaja memberi tumpuan kepada pembangunan ekonomi dan keusahawanan, malah turut menitikberatkan aspek kebajikan, pendidikan serta kesejahteraan masyarakat.
Sementara itu, Ahli Majlis Zon 10 Majlis Perbandaran Selayang (MPS), Ahmad Zahiri Zahid Sofian berkata, kolaborasi antara Yayasan PEKEMA, Pusat Khidmat Masyarakat Zon 10 MPS dan Kelab Sukan dan Rekreasi PEKEMA (KRESMA) membuktikan komitmen pelbagai pihak dalam memastikan kebajikan masyarakat setempat terus diberi keutamaan.
"Sebagai Ahli Majlis Zon 10, saya komited memastikan program seperti ini berterusan agar bantuan kebajikan dan sokongan pendidikan sampai kepada golongan memerlukan, khususnya pelajar.
"Usaha ini penting untuk menyokong pembangunan generasi muda yang berdaya saing dan bersedia menghadapi cabaran masa depan," ujarnya.
Bagi pelaksanaan di Zon 10 MPS, seramai 500 pelajar sekolah rendah dan menengah dari kawasan Selayang dipilih sebagai penerima manfaat menerusi program yang berlangsung di Dewan Sri Siantan, Jalan Sungai Tua.
Program berkenaan dianjurkan Yayasan PEKEMA dengan kerjasama Pusat Khidmat Masyarakat Zon 10 MPS serta KRESMA, mencerminkan keprihatinan berterusan PEKEMA terhadap kebajikan dan pendidikan masyarakat setempat.
Program Kembali ke Sekolah 2026 turut mendapat sokongan padu daripada ahli-ahli PEKEMA, sukarelawan serta rakan strategik, sekali gus membuktikan semangat kerjasama dalam memastikan kebajikan masyarakat sentiasa menjadi keutamaan.
Topic Berkaitan
#Yayasan PEKEMA
#Program Kembali ke Sekolah 2026
#sesi persekolahan
#tanggungjawab sosial korporat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan