awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM pulangkan wang hasil rasuah, urusan belanja tanggungjawab MOF - Azam Baki
Ramadan: Jangan subahat dengan 'geng plastik hitam' - Timbalan Mufti Perak
Kajian pilihan raya DBKL bukan agenda DAP, disokong KJ, Nik Nazmi - Anthony
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Yayasan Sabah akan terus jadi tulang belakang rakyat Sabah

Ruzaini Zulkepli
Ruzaini Zulkepli
24/03/2018
09:25 MYT
Yayasan Sabah akan terus jadi tulang belakang rakyat Sabah
MUSA (enam dari kiri) ketika dalam majlis Siri Jelajah Yayasan Sabah Bersama Rakyat Peringkat Zon Pedalaman Utara, di Dewan Masyarakat Keningau, hari ini.
Yayasan Sabah akan terus menjadi tulang belakang dalam memacu pembangunan dan membantu rakyat Sabah untuk terus melakar kejayaan.
Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman berkata, usaha itu adalah sejajar dengan objektif utama penubuhan Yayasan Sabah iaitu membantu rakyat negeri ini tanpa mengira kaum dan agama.
"Oleh sebab itu, penganjuran program jelajah Yayasan Sabah bersama rakyat adalah satu wadah untuk bertemu rakyat selain menjadi medan penyampai maklumat berhubung peluang pekerjaan dan bantuan yang lebih efektif.
"Penganjuran ini adalah memberi manfaat kepada rakyat kerana Yayasan Sabah dapat membawa pelbagai agensi kerajaan persekutuan dan negeri untuk membantu pengunjung yang hadir," katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap bersempena Siri Jelajah Yayasan Sabah Bersama Rakyat Peringkat Zon Pedalaman Utara, di Dewan Masyarakat Keningau, hari ini.
Hadir sama Timbalan Ketua Menteri Tan Sri Joseph Pairin Kitingan; Pengarah Yayasan Sabah, Datuk Sapawi Ahmad; Timbalan Pengarah Yayasan Sabah, Datuk Rosmawati Lasuki serta barisan pemimpin Sabah.
Dalam majlis sama, daerah Keningau juga berjaya melakar sejarah baharu dalam Malaysia Book Of Records kerana berjaya memecahkan rekod yang berusia 22 tahun dengan menghasilkan kain batik lukisan tangan sepanjang 2,583.8 meter dalam tempoh lima hari.
Menurut Timbalan Pengurus Besar Malaysia Book Of Record Mohamad Alex Edward, kejayaan itu merupakan satu pencapaian yang baik dan berharap agar lebih banyak rekod lain dilakar oleh rakyat di negara ini.
"Kejayaan ini satu pencapaian yang membanggakan kerana berjaya memecahkan rekod yang berusia 22 tahun, sebelum ini rekod terpanjang telah dicipta pada tahun 1996 dan pada tahun 2018 Keningau bersama Yayasan Sabah dan seluruh komuniti setempat telah berjaya memecahkan rekod tersebut," katanya.
Proses menyiapkan kain batik motif 'Bayu' itu yang dimulakan pada 16 Mac lalu mendapat kerjasama daripada enam buah sekolah dari Daerah Keningau, Persatuan Seni Visual Negeri Sabah, Kolej Teknikal Yayasan Sabah dan University College Sabah Foundation.
Topic Berkaitan
#Datuk Rosmawati Lasuki
#Datuk Sapawi Ahmad
#Jelajah Yayasan Sabah
#kejayaan
#pembangunan
#rakyat
#Tan Sri Musa Aman
#tulang belakang
#Yayasan Sabah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan