awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kerajaan teliti isu 36 jemaah terkandas di Arab Saudi - Zulkifli
Silinder gas helium meletup, dua gerai tiga kereta rosak
Ejen hartanah rugi RM759,950 terperdaya sindiket pelaburan judi dalam talian
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Yayasan Sabah bantu siasat kematian gajah

Bernama
Bernama
01/02/2013
06:48 MYT
Yayasan Sabah bantu siasat kematian gajah
Kumpulan Yayasan Sabah akan bekerjasama dengan jabatan dan agensi kerajaan yang berkaitan dalam menyiasat punca kematian gajah di kawasan konsesinya, kata pengarah Yayasan Sabah (YS) Tan Sri Datu Khalil Datu Jamalul.
Beliau berkata pihaknya akan berkerjasama rapat dengan agensi-agensi berkaitan untuk mencari punca sebenar kematian gajah-gajah itu dan mengambil langkah perlu untuk mengelak kejadian serupa pada masa depan.
"Malah, kami adalah sebahagian daripada pasukan petugas yang terdiri daripada pelbagai jabatan dan agensi kerjaan yang ditubuh untuk menyiasat kejadian itu," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Semalam, Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar negeri Datuk Masidi Manjun mengesahkan sehingga kini 14 gajah Pygmy Borneo ditemui mati di Hutan Simpan Rara, kira-kira 139km dari Tawau.
Masidi berkata berdasarkan pemeriksaan awal terhadap bangkai gajah itu, punca kematian berkemungkinan disebabkan keracunan.
Khalil turut menjelaskan bahawa Syarikat Empayar Kejora Sdn Bhd bukan anak syarikat Kumpulan itu seperti yang dilapor tetapi adalah kontraktor yang dilantik untuk menjalankan aktiviti pembalakan di kawasan berkenaan.
Semua kontraktor pembalakan di bawah bidang kuasa Kumpulan terikat dengan Akta dan Enakmen berkaitan termasuk Enakmen Hutan (1968), Enakmen Pemuliharaan Hidupan Liar (1997), Enakmen Biodiversiti Sabah (2000) dan Enakmen Perlindungan Alam Sekitar (2002), katanya.
"Kami juga bekerjasama rapat dengan agensi kerajaan serta badan antarabangsa dan NGO (pertubuhan bukan kerajaan) seperti Royal Society of United Kingdom, WWF Malaysia, Face the Future dan the Netherlands," katanya.
Khalil berkata pihaknya akan terus memainkan peranan dalam memulihara alam sekitar demi generasi akan datang.
Topic Berkaitan
#gajah
#Tawau
#Yayasan Sabah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan