MALAYSIA
Yayasan Sultan Ibrahim Johor terima sumbangan RM1 juta daripada Kumpulan Malik Streams
Seri Paduka Baginda berkenan menerima menghadap pengasas kumpulan syarikat tersebut iaitu Datuk Abdul Malik Dasthigeer. - Foto FB Sultan Ibrahim Sultan Iskandar
JOHOR BAHRU: Yayasan Sultan Ibrahim Johor (YSIJ) hari ini menerima sumbangan berjumlah RM1 juta daripada Kumpulan Syarikat Malik Streams, bagi pelaksanaan aktiviti kemasyarakatan yayasan berkenaan.
Ringkasan AI
Perkara itu dimaklumkan menerusi hantaran di Facebook rasmi Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.
Seri Paduka Baginda berkenan menerima menghadap pengasas kumpulan syarikat tersebut iaitu Datuk Abdul Malik Dasthigeer, dan menerima sendiri sumbangan tersebut di Kuala Lumpur.
Syarikat itu turut menyumbangkan RM100,000 kepada Yayasan Sultanah Rogayah, sebuah yayasan naungan Keluarga Diraja Johor yang menumpukan kepada bantuan untuk masyarakat India.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- Yayasan Sultan Ibrahim Johor menerima sumbangan RM1 juta daripada Kumpulan Syarikat Malik Streams untuk aktiviti kemasyarakatan.
- Sultan Ibrahim Sultan Iskandar menerima sumbangan berkenaan daripada pengasas kumpulan syarikat tersebut, Datuk Abdul Malik Dasthigeer, di Kuala Lumpur.
- Selain itu, syarikat tersebut juga menyumbangkan RM100,000 kepada Yayasan Sultanah Rogayah yang membantu masyarakat India.