MALAYSIA

Yayasan Sultan Ibrahim Johor terima sumbangan RM1 juta daripada Malik Streams

Astro Awani 28/12/2025 | 03:40 MYT
Sultan Ibrahim (tengah) berkenan replika cek sumbangan RM1 juta daripada Kumpulan Malik Streams untuk Yayasan Sultan Ibrahim Johor (YSIJ) bagi melaksanakan kerja-kerja kemasyarakatan. - Gambar Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar
KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim hari ini berkenan menerima menghadap pengasas Kumpulan Malik Streams, Datuk Abdul Malik Dasthigeer.

Memetik hantaran dalam Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, dalam pertemuan itu, Seri Paduka Baginda berkenan menerima sumbangan RM1 juta daripada Kumpulan Malik Streams untuk Yayasan Sultan Ibrahim Johor (YSIJ) bagi melaksanakan kerja-kerja kemasyarakatan.

Selain itu, syarikat berkenaan turut menyalurkan RM100,000 kepada Yayasan Sultanah Rogayah, sebuah yayasan di bawah naungan Keluarga Diraja Johor yang memberi tumpuan kepada bantuan masyarakat India.







#Yang di-Pertuan Agong #Sultan Ibrahim #Yayasan Sultan Ibrahim Johor #Kumpulan Malik Streams