MALAYSIA

Yayasan Tun Razak pergiat usaha angkat legasi Tun Abdul Razak

Naz Raseed 18/12/2025 | 10:24 MYT
Nazir Razak (jaket putih) berkata, pelbagai pelan sudah dirancang pada 2026 sempena 'Tun Abdul Razak: 50 Years On', antaranya penerbitan dokumentari mengenai Bapa Pembangunan Malaysia itu. - Foto kredit The Star
KUALA LUMPUR: Kepimpinan Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein berasaskan pemahaman mendalam terhadap realiti rakyat terhadap setiap dasar pentadbiran beliau.

Keteguhan falsafah ini jelas mencerminkan perjalanan kepimpinan Perdana Menteri Malaysia kedua itu, yang sehingga kini dihormati sebagai Bapa Pembangunan Negara atas jasa serta bakti yang tiada bandingannya.

Menurut Pengerusi Yayasan Tun Razak (YTR), Tan Sri Nazir Razak, legasi kepimpinan Tun Abdul Razak wajar untuk terus dipelihara, meskipun lima dekad berlalu sejak pemergian tokoh itu pada 14 Januari, 1976.

'Tun Abdul Razak: 50 Tahun Selepas' dirangka bukan sekadar untuk mengenang jasa dan legasi beliau, tetapi juga untuk memastikan visi serta prinsip kepimpinan Tun Abdul Razak terus dihayati dan diteruskan, lima dekad selepas pemergiannya.” katanya, semasa program bersama media anjuran Yayasan Tun Razak, di sini, hari ini.

Dalam pada itu, Nazir turut memaklumkan bahawa beberapa pelan menerusi YTR turut akan diperkasa sepanjang tahun 2026, menurutnya program pertama bakal bermula seawal Januari tahun hadapan.

Program Kepimpinan Tun Razak (PKTR) khususnya merupakan sebuah program kepimpinan nasional khusus untuk graduan sekolah menengah anjuran YTR sejak tahun 1993.

Yayasan Tun Razak turut bercadang menghasilkan sebuah dokumentari khas yang akan mengupas secara mendalam mengenai kepimpinan, pemikiran serta legasi Tun Abdul Razak dalam membentuk asas pembangunan negara.

Dokumentari berkenaan dijangka menampilkan sudut pandang sejarah, rakaman arkib serta perkongsian daripada tokoh-tokoh penting, bagi memastikan sumbangan Tun Abdul Razak dapat difahami dan dihayati oleh generasi masa kini dan akan datang.

Secara umum, Inisiatif Yayasan Tun Razak ini dilihat bukan sahaja mampu mengenang jasa Tun Abdul Razak, malah berperanan meneruskan prinsip kepimpinan berteraskan rakyat yang menjadi teras pentadbiran beliau bagi memastikan legasi pembangunan negara kekal relevan merentas zaman.




Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
  • Q: Yayasan Tun Razak rancang Majlis Tahlil di seluruh negara bermula Januari 2026 Program LEAP terus melahirkan pemimpin muda berwawasan Dokumentari khas bakal kupas kepimpinan dan legasi Tun Abdul Razak
    A:



#Tan Sri Nazir Razak #Yayasan Tun Razak #YTR #Tun Abdul Razak 50 Years On