MALAYSIA
Yayasan TZA sumbang tiga mesin fototerapi bagi rawatan jaundis di Hospital Ampang
Tengku Zafrul Abdul Aziz berharap bantuan itu dapat meningkatkan lagi keupayaan hospital dalam merawat bayi jaundis. - Gambar Yayasan TZA
AMPANG JAYA: Sempena sambutan Krismas, Yayasan TZA menyumbangkan tiga mesin fototerapi kepada Hospital Ampang, di sini sebagai usaha menyokong rawatan bayi yang mengalami jaundis agar dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan dan selesa.
Penasihatnya, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berharap bantuan itu dapat meningkatkan lagi keupayaan hospital dalam merawat bayi jaundis, selain memberi sedikit kelegaan emosi kepada keluarga yang terlibat.
"Inisiatif ini adalah simbol keprihatinan dan solidariti, khususnya pada musim perayaan, agar tiada keluarga yang berasa bersendirian ketika melalui detik sukar.
"Hospital Ampang sebelum ini mencatat sejarah sebagai hospital pertama di Selangor yang menyediakan pusat jagaan khas untuk bayi jaundis.
"Satu inisiatif yang terbukti berjaya mengurangkan kadar kemasukan ke Special Care Nursery sehingga hampir 50 peratus," katanya ketika berucap sempena ziarah sambutan Krismas, Hospital Ampang di sini, pada Selasa.
Menurut Tengku Zafrul, Hospital Ampang juga merupakan antara tiga hospital terawal yang melaksanakan Program Sekolah Dalam Hospital (SDH) sejak Julai 2011 sebagai projek rintis.
Kini, program tersebut berkembang kepada 20 sekolah dalam hospital di seluruh negara hasil kerjasama Kementerian Pendidikan, Kementerian Kesihatan dan Kementerian Pendidikan Tinggi.
Beliau memberitahu, Program SDH bertujuan memastikan kanak-kanak yang menjalani rawatan jangka panjang tidak tercicir daripada sistem pembelajaran, di samping menyokong proses penyembuhan secara holistik melalui persekitaran pembelajaran yang kondusif dan bermakna.