KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Batu Kawan Kasthuri Patto menamatkan zaman bujangnya selepas berkenalan kira-kira tiga tahun dengan seorang bekas wartawan Perancis.
Perkahwinan sivil antara Kasthuri dan Alain Morvan diadakan di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Putrajaya, pada Jumaat.
Memetik laporan Free Malaysia Today (FMT), dalam majlis ringkas yang dihadiri kenalan rapat itu, pasangan berkenaan melafazkan ikrar di hadapan pendaftaran kira-kira pukul 11 pagi, yang disaksikan oleh ibunya, S Mary, 73, dan kakak Shaalini, 41, serta ahli keluarga lain.
Majlis itu turut dihadiri, pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang; Ahli Parlimen Bukit Gelugor, Ramkarpal Singh dan Duta Perancis ke Malaysia, Roland Galharague.
Kasthuri, 43, berkata, 'pertemuan pertama empat mata' itu bermula di Parlimen Eropah di Belgium pada Februari 2019 ketika satu kongres anti-hukuman mati.
"Selepas itu, kami kerap bertemu dan saya sedar kami mempunyai persamaan. Sebelum saya berlepas dari Belgium, kami merasakan kami ada satu hubungan yang kuat," katanya di sini, pada Sabtu.
Selain menyokong anti hukuman mati, Morvan sendiri menjadi aktivis hak asasi wartawan dan pernah menjadi wartawan selama 25 tahun.
Menurutnya, Morvan selalu melawatnya dan dia sendiri akan ke Perancis jika berpeluang ke negara itu.
Kasthuri berkata walaupun Perancis berada dalam senarai hitam perjalanan Malaysia sekatan penuh COVID-19, namun mereka bertemu di luar acara yang diadakan di luar Perancis.
“Pernah kami langsung tidak berjumpa untuk tempoh lebih setahun ketika pandemik," katanya.
Kasthuri berkata mereka akan menjalani kursus persediaan perkahwinan Katolik pada hari Isnin depan sementara perkahwinan di gereja dijadualkan pada akhir tahun ini.
Astro Awani
Sat May 07 2022

Kasthuri berkata, 'pertemuan pertama empat mata' itu bermula di Parlimen Eropah di Belgium pada Februari 2019 ketika kongres anti-hukuman mati. - Gambar Facebok / Kasthuri Patto

Gempa bumi lemah landa Kepulauan Andaman
MET Malaysia tidak menjangkakan kejadian itu berpotensi mengakibatkan tsunami yang memberi kesan kepada Malaysia.

Langgar hak cipta, syarikat pembuatan acuan plastik didenda RM24,000
Syarikat itu didakwa memiliki empat salinan langgaran karya sastera dalam bentuk program komputer yang telah melanggar hak cipta sebuah perbadanan di California, Amerika Syarikat.

Tiada tangkapan, rampasan wang daripada 2 pegawai polis di pusat hiburan - Arjunaidi
Kes tersebut akan dirujuk kepada Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard untuk melihat kesalahan dari sudut tatatertib.

KPDNHEP Kuala Lumpur tumpas kegiatan seleweng diesel bersubsidi
Siasatan awal mendapati terdapat sebuah lori 'bonded' membuat pembelian diesel bersubsidi di stesen minyak sekitar Kuala Lumpur.

Emilia diberi amaran tidak guna sijil cuti sakit untuk tidak hadir prosiding
Majistret Nadia Othman juga membatalkan waran tangkap yang dikeluarkan terhadap Emilia, 43, selepas berpuas hati dengan penjelasan wanita itu berhubung ketidakhadirannya.

Banjir Baling: 280,000 akaun pengguna SADA alami gangguan bekalan air
Gangguan di daerah Baling, Kuala Muda dan Kulim berlaku disebabkan kadar kekeruhan air mentah tinggi susulan insiden banjir.

Banjir Baling: 499 mangsa selamat dipindahkan ke PPS - Reezal
Seramai 499 mangsa banjir di Baling, Kedah berjaya diselamat dan dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) oleh pasukan bomba selepas operasi menyelamat ditamatkan secara rasminya.

Pemandu maut tercampak keluar dari lori di lebuh raya
Pemandu lori berkenaan berusia dalam lingkungan 29 tahun tercampak keluar dari lori dan disahkan maut di lokasi kejadian.

Jumlah kelahiran bayi di Sarawak menurun 50 peratus - Timbalan Premier
Punca penurunan mungkin ekoran pembangunan semula jadi, tahap pendidikan yang semakin meningkat, komuniti dan tekanan kerja.

Maut dijerut kabel pengecas telefon: Mangsa samun selamat dikebumi
Jenazah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Felda Mengkuang, kira-kira jam 8.50 malam.

Resepsi perkahwinan Ras Adiba, suami meriah
Datuk Ras Adiba Radzi dan suaminya, Mohamed Azam Ali diraikan dalam majlis sederhana di Hotel Regency Resort, Port Dickson.

Majlis Islam Selatan Thailand bantah RUU berkaitan ganja, arak dan perkongsian sivil
Ahli Parlimen Yala menegaskan, pengecualian perlu dibuat bagi orang Islam Thailand sekiranya RUU itu diluluskan.

Bakal isteri bintang X Factor meninggal dunia beberapa jam sebelum majlis kahwin
Tom Mann menyampaikan berita duka apabila mengumumkan tunangnya meninggal dunia hanya beberapa jam sebelum majlis perkahwinan mereka berlangsung.

Guna saluran betul untuk berkahwin - Raja Muda Perlis
Perkahwinan yang teratur dan mengikut undang-undang akan menjadikan sesebuah keluarga hidup aman dan harmoni, titah Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail.

Rai hari bahagia atas runtuhan rumah
Rumah pasangan pengantin baru dirobohkan pada bulan lalu kerana dibina tanpa kebenaran permit dari kerajaan Israel.

Demi Britney Spears, Paris Hilton tepis pelawaan presiden Joe Biden
Hilton merupakan rakan lama Spears dan pada majlis yang berlangsung pada Khamis lalu, Hilton bertanggungjawab mengendalikan parti resepsi.

Keluarga mata biru menawan curi tumpuan
Sebuah keluarga di Kampung Chenerai mencuri tumpuan berikutan dianugerahkan anak mata berwarna biru sejak lahir.

"Carikanlah untuk kita" - Ziana Zain berbicara tentang jodoh
Setelah hampir empat tahun bergelar ibu tunggal, Ziana atau nama sebenarnya Siti Roziana Zain memohon doa agar diberikan yang terbaik.

India minat jadikan Malaysia sebagai destinasi majlis perkahwinan
Penganjur majlis perkahwinan dari luar negara dapat melihat keunikan yang ada di negara ini.

Tiga beradik sanding serentak
Tiga beradik termasuk pasangan kembar sepakat memilih tarikh sama hari ini untuk melangsungkan persandingan di sebuah dewan.