KUALA LUMPUR:Yayasan Bank Rakyat (YBR) menyediakan RM150,000 kepada 1,000 murid sekolah rendah dan menengah di sekitar Titiwangsa, Kampung Baru, Keramat dan Ampang bagi menerima bantuan persekolahan sempena dengan Program Kembali ke Sekolah (Back To School) YBR.
Pengerusi Yayasan Bank Rakyat, Datuk Nazir Hussin Akhtar Hussin menjelaskan, ia tanda keprihatinan dengan kekangan yang dihadapi oleh keluarga dan pelajar sekolah rendah dan menengah yang bakal memulakan persekolahan pada Januari 2021.
"Bantuan Back To School (BTS) yang diberikan ini membuktikan keprihatinan badan bukan berkeuntungan dalam menjalankan tanggungjawab bagi memastikan semua lapisan masyarakat dapat mengecapi limpahan ekonomi dalam negara.
"Bantuan ini memberi peluang kepada golongan yang kurang berkemampuan membuat persiapan anak-anak untuk kembali ke sekolah dan diharapkan bantuan ini dapat mengurangkan bebanan yang perlu ditanggung oleh keluarga bagi sesi persekolahan yang baru.
"Bantuan berupa set baju, kasut dan beg sekolah yang bernilai RM150 disediakan kepada setiap pelajar yang telah dikenal pasti di kalangan keluarga berpendapatan B40," katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.
Beliau menambah, sumbangan yang diterima oleh pelajar-pelajar ini diharapkan dapat membantu mempertingkatkan minat mereka untuk hadir ke sekolah serta pembakar semangat untuk belajar bersungguh-sungguh bagi memperoleh keputusan cemerlang.
Ujarnya, bantuan itu turut diinspirasikan melalui penerapan elemen pembelajaran menyeronokkan bagi memastikan pelajar-pelajar ini sentiasa gembira ke sekolah sekali gus dapat melahirkan insan yang seimbang dan harmoni merangkumi aspek intelek, rohani, emosi dan jasmani.
Program bantuan persekolahan anjuran YBR ini akan diagihkan ke 148 lokasi lain yang telah dikenal pasti
Sehingga 2020, seramai 33,721 murid telah menerima manfaat melalui bantuan ini dengan jumlah peruntukan sebanyak RM3.87 juta.
Astro Awani
Sun Jan 10 2021
Penerima Bantuan Persekolahan (YBR) bersama Pengerusi YBR, Nazir Hussin Akhtar Hussin, Pengurus Besar YBR, Mohd Fauzi Md Fadzil dan Pengerusi Pertubuhan Belia Gagasan Titiwangsa, Mohammed Nik Faisulllah Reed Mohammed Faisal di Titiwangsa, WKL.
Kerja ganti paip lama di Seluruh Sarawak bermula tahun ini
Sarawak akan memulakan kerja-kerja penggantian saluran paip lama sepanjang 2,740 kilometer di seluruh negeri itu bermula tahun ini.
Julaihi beri jaminan bekalan air di Sarawak pada Hari Raya mencukupi
Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak mengingatkan orang ramai supaya elakkan pembaziran meskipun bekalan air ketika Hari Raya nanti dijamin mencukupi.
90 peratus kawasan terlibat kebakaran hutan berjaya dipadamkan
Operasi pemadaman kebakaran hutan di Kuala Baram sejak seminggu lalu berjaya dengan 90 peratus api dikawasan terjejas berjaya dipadamkan.
Pembantu bengkel diberkas, bakar mercun tengah jalan
Tindakan seorang lelaki membakar mercun di tengah jalan ketika menyertai perarakan mengiringi upacara pengebumian dekat pekan Banting di sini mengundang padah apabila diberkas polis pada Rabu.
El Nino: Al-Sultan Abdullah tinjau Sungai Pahang, titah adakan solat hajat
Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Riayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan meninjau Sungai Pahang yang dilaporkan surut akibat fenomena El Nino.
Hujan roket Hizbullah gegar utara Israel
Pejuang Hizbullah pada Rabu melancarkan kira-kira 30 roket dari Lubnan ke kawasan utara Israel selepas gerakan disokong Iran itu berikrar untuk 'menghukum' rejim Zionis.
Tol percuma sempena Aidilfitri 8, 9 April - Alexander
Pengguna lebuh raya membabitkan kenderaan persendirian (Kelas 1) diberi kemudahan tol percuma selama dua hari iaitu 8 dan 9 April bersempena dengan sambutan Aidilfitri tahun ini.
Penstriman haram: Jangkitan malware berisiko akibatkan kecurian, penipuan identiti pengguna
Awas dan jangan mudah terpedaya dengan sebarang akses haram yang menawarkan pelbagai filem dan siri televisyen kerana ia mungkin menyimpan perisian hasad atau malware.
Insentif cukai baharu untuk syarikat berstatus Malaysia Digital
Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) akan memperkenalkan insentif cukai baharu kepada syarikat berstatus Malaysia Digital (MD) dan syarikat berstatus Koridor Raya Multimedia (MSC) sedia ada.
Gentari setuju saranan tubuh konsortium bantu pemain solar - DPMM
Gentari Sdn Bhd menyatakan persetujuannya dengan saranan untuk mewujudkan konsortium dianggotai pemain industri solar.
128 murid luar bandar Sarawak sertai Program Robotik YBR
Seramai 128 murid luar bandar Sarawak menyertai Program Peningkatan Kemahiran Teknologi Pengaturcaraan Robotik anjuran Yayasan Bank Rakyat (YBR) dengan kerjasasama Universiti Kebangsaaan (UKM).
53 keluarga mangsa banjir Serdang dapat perhatian Yayasan Bank Rakyat
Yayasan Bank Rakyat telah memperuntukan sebanyak RM10,600 kepada 53 keluarga yang terjejas akibat banjir di sekitar Serdang pada 17 Disember 2021.
YBR peruntuk RM150,000 bantu pelajar di ibu kota
Yayasan Bank Rakyat (YBR) menyediakan RM150,000 kepada 1,000 murid sekolah rendah dan menengah di sekitar Titiwangsa, Kampung Baru, Keramat dan Ampang.
Yayasan Bank Rakyat agih bantuan kembali ke sekolah
Peruntukan berjumlah RM75,000 disediakan oleh Yayasan Bank Rakyat (YBR) untuk 500 murid sekolah rendah dan menengah di sekitar Semenyih dan Dusun Tua.
Yayasan Bank Rakyat salur bantuan kepada 450 keluarga mangsa banjir Hulu Langat
Bantuan sebanyak RM200 disumbangkan kepada setiap keluarga yang dikenal pasti terkesan.
Yayasan Bank Rakyat peruntuk RM200,000 bantu golongan memerlukan
Yayasan Bank Rakyat (YBR) telah memperuntukkan sebanyak hampir RM200,000 sehingga bulan November bagi tahun 2020 untuk sumbangan membantu mereka yang kurang bernasib baik.
Komersialkan robot ciptaan peserta Robattle
Pengurus Besar Yayasan Bank Rakyat, Norashikin Shaharudin berkata robot ciptaan para pelajar yang komersialkan akan memupuk minat golongan muda dan para peserta untuk menjadi usahawan.
Atlet muda Orang Asli mampu harumkan nama negara
Ia tidak mustahil kerana telah terdapat beberapa atlet Orang Asli yang berjaya mencatat kejayaan ketika mewakili negara.