awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
Onn Hafiz mohon rakyat Johor peka perkembangan cuaca semasa
KPDN Kelantan rampas barangan hampir RM4.7 juta sepanjang tahun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

YBR terima anugerah tertinggi CSR

Astro Awani
Astro Awani
02/12/2023
14:04 MYT
YBR terima anugerah tertinggi CSR
Jelas Philip, di sepanjang tahun 2022 YBR telah membelanjakan sebanyak RM28.02 juta sebagai peruntukan bantuan pendidikan dan masyarakat. - Gambar YBR
KUALA LUMPUR: Yayasan Bank Rakyat (YBR) menerima Anugerah Kategori Khas Champion CSR Award 2023 di Majlis Anugerah Kecemerlangan Perniagaan Bumiputera (BBEA) 2023.
Pengiktirafan ini diterima di atas kemampanan inisiatif yang telah dijalankan oleh YBR dalam meningkat sosioekonomi rakyat Malaysia melalui pendidikan serta program-program kemasyarakatan yang telah dijalankan sepanjang tahun bagi membantu mereka yang kurang bernasib baik.
Anugerah ini disampaikan oleh Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Ewon Benedick.
Hadir menerima penganugerahan ini, Datuk Philip Benedict Lasimbang selaku Pengerusi YBR di Hotel Mandarin Oriental Kuala Lumpur.
Turut hadir dalam majlis ini Pengurus Besar YBR, Syaiful Rizal Abdul Ghani, Ketua Bahagian Pentadbiran Korporat YBR, Khairul Na’im Arifin dan Pengurus Jabatan Komunikasi Korporat, Mohamad Ghazali Zainal Abidin.
Menurut Philip, anugerah ini merupakan satu pencapaian dalam melaksanakan tanggungjawab sosial korporat sepanjang tahun dan diharap menjadi penanda aras untuk YBR terus membantu masyarakat tanpa mengira bangsa, kaum dan agama.
"Pengiktirafan ini dapat meningkatkan komitmen untuk terus berkhidmat kepada masyarakat yang memerlukan dan secara tidak langsung mengukuhkan lagi kredibiliti YBR secara domestik.
"Kami akan sentiasa menggandakan usaha serta strategi dalam membantu meningkatkan kesejahteraan sosioekonomi rakyat Malaysia melalui pembangunan pendidikan, pemerkasaan masyarakat serta bantuan penjagaan kesihatan," katanya dalam satu kenyataan.
Tambah beliau lagi, di sepanjang tahun 2022 YBR telah membelanjakan sebanyak RM28.02 juta sebagai peruntukan bantuan pendidikan dan masyarakat.
Philip turut menambah, penghormatan yang diterima ini merupakan impak positif di atas penglibatan dan komitmen YBR yang cakna kepada mereka yang kurang bernasib baik serta menyuntik semangat untuk terus mengekalkan prestasi sedia ada.
YBR mengucapkan terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung yang menjadi sebahagian daripada kejayaan ini.
Topic Berkaitan
#bantuan pendidikan
#ybr
#impak positif
#pembangunan pendidikan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan