[LAPOR LANGSUNG] Inkues Zara Qairina – Kemas Kini Terkini & Fakta Penting – Ikuti Di Sini.
MALAYSIA

YEF 2025 dorong belia jadi peneraju etika dan inovasi AI

Kabeer Aziz 12/09/2025 | 07:20 MYT
Setiausaha Politik Menteri Kewangan, Kamil Munim dan Pengarah YEF 2025, Aishah Syakirah berkongsi visi belia sebagai peneraju etika dan inovasi AI dalam rancangan Awani Pagi, Jumaat.
KUALA LUMPUR: Dalam usaha memperkasakan belia Malaysia dalam era teknologi kecerdasan buatan (AI), Youth Empowerment Fair (YEF) 2025 bakal berlangsung pada 13 dan 14 September ini di World Trade Centre Kuala Lumpur (WTCKL), dengan fokus menjadikan belia sebagai peneraju etika dan inovasi AI.


Ringkasan AI
  • Youth Empowerment Fair (YEF) 2025 akan berlangsung pada 13-14 September di WTCKL, memfokuskan kepada etika dan inovasi AI dalam kalangan belia.
  • Program ini dianjurkan bersama Majlis Belia Malaysia dan disokong oleh Kamil Munim, bertujuan menjadikan belia peneraju etika penggunaan teknologi AI.
  • YEF 2025 bukan sekadar forum, tetapi platform membina rangkaian belia untuk cipta startup teknologi dan teruskan dialog selepas acara.


Menurut Setiausaha Politik kepada Menteri Kewangan, Kamil Munim, yang juga penaung program ini, belia perlu bukan sahaja memahami teknologi AI, tetapi juga mempelopori etika penggunaannya.

“Termasuk juga soal etika penggunaan AI, dan bagaimana ini mampu menjadi sebahagian daripada pendekatan kita untuk menyelesaikan masalah ekonomi atau teknikal.

"Tetapi yang lebih penting, etika kepenggunaan ini harus dipelopori oleh belia sebagai peneraju,” katanya ketika ditemu bual dalam rancangan AWANI Pagi.


Sementara itu, Pengarah YEF 2025 Aishah Syakirah berkata karnival ini bukan sekadar forum untuk berbicara, tetapi bertujuan memberi kesan jangka panjang kepada pembangunan belia dalam bidang teknologi.

“YEF ini dianjurkan bersama Majlis Belia Malaysia (MBM). Kami mahu lihat rangkaian anak muda yang diwujudkan boleh terus berinteraksi dan cipta tech startup mereka sendiri. Dialog itu perlu diteruskan di luar YEF,” jelasnya.

YEF 2025 dijangka menjadi platform penting dalam membina ekosistem belia yang celik teknologi, beretika dan bersedia menghadapi cabaran masa depan dalam dunia digital.





#YEF2025 #kecerdasan buatan #Belia #Youth Empowerment Fair #WTCKL #Kamil Munim