awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kadar zakat fitrah Pahang RM8, RM14 dan RM21
Malaysia, Indonesia perkukuh kerjasama kewartawanan menerusi MMM-Dewan Pers - Teo
Polis rampas mercun, bunga api lebih RM3 juta di Kota Bharu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

YouTube mula perkenal ciri janaan video dikuasakan AI untuk YouTube Shorts

Amanz
Amanz
14/02/2025
03:50 MYT
YouTube mula perkenal ciri janaan video dikuasakan AI untuk YouTube Shorts
YouTube mengumumkan sokongan janaan video berkuasa kecerdasan buatan melalui YouTube Shorts menggunakan model Veo 2 yang dibangunkan oleh Google. -Amanz
YOUTUBE hari ini mengumumkan integrasi sokongan janaan video dikuasakan kecerdasan buatan, melalui YouTube Shorts.

Ringkasan AI
  • YouTube mengumumkan sokongan janaan video berkuasa kecerdasan buatan melalui YouTube Shorts menggunakan model Veo 2 yang dibangunkan oleh Google.
  • Pengguna boleh menjana video melalui input teks dan imej menggunakan ciri Dream Screen dalam kamera YouTube Shorts, yang menawarkan hasil lebih baik berbanding model lain seperti Sora dari OpenAI.
  • Buat masa ini, ciri ini hanya tersedia di beberapa negara seperti Amerika Syarikat, Kanada, New Zealand, dan Australia, dengan perancangan untuk diperluaskan ke negara lain secara berperingkat.

Untuk tujuan ini, pihak YouTube mengintegrasikan model janaan video terkini yang dibangunkan oleh Google, dinamakan sebagai Veo 2.
Veo 2 menawarkan sokongan untuk menjana video melalui input berasaskan teks. Malah, melalui sejumlah demo dan percubaan, hasil yang dijana dilihat lebih baik berbanding penawaran lain, termasuk Sora yang disediakan OpenAI.
YouTube mengintegrasikan ciri ini melalui kamera YouTube Shorts, dimana pengguna boleh mengakses aplikasi berkenaan, dan seterusnya memilih Green Screen, seterusnya memilih Dream Screen. Pada bahagian berkenaan, pengguna boleh input teks dan pilih imej untuk menjana video, dan kemudian gunakannya pada video YouTube Shorts anda.
Buat masa ini, ciri ini terhad untuk beberapa buah negara sahaja, termasuk Amerika Syarikat, Kanada, New Zealand dan Australia. YouTube menyasarkan untuk memperluaskannya secara berperingkat ke pengguna di negara lain. -Amanz
Topic Berkaitan
#YouTube
#Veo 2
#model janaan video
#Dream Screen
#YouTube Shorts
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan