GADGETS

YouTube Music sambut ulang tahun ke-10 dengan ciri lencana untuk peminat paling tegar

Amanz 24/08/2025 | 05:00 MYT
Lencana akan diberikan kepada peminat yang menjadi terawal menonton video music baharu atau yang paling banyak menstrim muzik artis kegemaran mereka. -Amanz
YOUTUBE Music menyambut ulang tahun kesepuluh minggu ini dengan memperkenalkan beberapa ciri khusus untuk peminat tegar artis.


Ringkasan AI
  • YouTube Music raikan ulang tahun ke-10 dengan lencana khas untuk peminat tegar yang aktif menonton dan menstrim muzik artis kegemaran.
  • Notifikasi akan diberi apabila video artis hampir capai 100K, 1 juta, atau 1 bilion tontonan, serta info konsert berhampiran melalui kerjasama dengan Bandsintown.
  • Pengguna juga akan terima notifikasi tentang album dan barangan baharu yang dijual oleh artis kegemaran mereka.


Lencana akan diberikan kepada peminat yang menjadi terawal menonton video music baharu atau yang paling banyak menstrim muzik artis kegemaran mereka.

Lencana ini kemudian boleh dipamerkan untuk menunjukkan tahap kesetiaan anda kepada peminat lain.

Seterusnya YouTube Music juga akan memaparkan notifikasi apabila video artis kegemaran hampir mencapai 100,000, 1 juta, dan 1 bilion tontonan.

Ini menggalakkan peminat paling tegar untuk menonton video sehingga mencapai angka bermakna ini.

Menerusi kerjasama dengan Bandsintown pula, YouTube Music akan memaparkan notifikasi apabila artis kegemaran akan melakukan konsert berhampiran tempat tinggal mereka.

Selain itu notifikasi album dan barangan baharu yang dijual artis juga akan dipaparkan. -Amanz






#YouTube Music #ulang tahun ke-10 #lencana khas #peminat tegar