[TERKINI] Gelombang Serangan Baharu Iran-Israel | Trump Timbang Tindakan Ketenteraan AS. Klik untuk laporan penuh.
GADGETS

YouTube perkenal antara muka baharu, kelajuan 4X sempena ulang tahun ke-20

Amanz 25/04/2025 | 05:45 MYT
Pelanggan YouTube Premium akan dapat menonton video pada kelajuan 4X dan pemilik saluran boleh meninggalkan komen audio. -Amanz
YOUTUBE menyambut ulang tahun ke-20 kelmarin dengan pengumuman kini terdapat 20 trilion video di dalam pustaka mereka.

Ringkasan AI
  • YouTube kini mempunyai 20 trilion video dan mengumumkan beberapa ciri baharu, termasuk antara muka baharu untuk aplikasi TV.
  • Pelanggan YouTube Premium akan dapat menonton video pada kelajuan 4X dan pemilik saluran boleh meninggalkan komen audio.
  • Ciri Ask Music untuk YouTube Premium dan Music akan menjana senarai main berdasarkan deskripsi genre atau mood lagu yang diinginkan.

Selain berkongsi beberapa fakta menarik, YouTube juga mengumumkan beberapa ciri baharu yang akan diperkenalkan dalam masa terdekat.
Bagi pengguna aplikasi TV, antara muka baharu untuk pemain video akan diberikan.
Akses kepada butang kawalan akan dipermudahkan begitu juga mendapatkan maklumat mengenai video dan mengakses komen seperti tangkapan layar di atas.
Kepada pelanggan YouTube Premium, kelak mereka boleh mengakses ciri menonton video pada kelajuan 4X.
Ketika ini pelanggan biasa hanya boleh menonton video pada kelajuan 2X. Kelak pemilik saluran boleh meninggalkan komen dalam bentuk audio.
Ciri ini sedang diuji dan hanya diberikan kepada saluran terpilih sahaja.
Seterusnya pelanggan YouTube Premium dan Music juga boleh mengakses ciri Ask Music. Mereka boleh memberikan deskripsi apakah genre atau mood lagu yang ingin didengari kepada YouTube.
Sebuah senarai main akan dijana mengikut sejarah tontonan sebelum ini.
Pada peringkat awal Ask Music hanya menyokong arahan suara dalam Bahasa Inggeris di negara tertentu sahaja.
Akhir sekali pengguna YouTube TV pula, ciri Multiview akan diberikan dengan empat saluran boleh ditonton secara serentak dengan ia boleh diperibadikan sendiri oleh pengguna. -Amanz
#YouTube #antara muka baharu #aplikasi TV #kelajuan 4X #komen audio