GADGETS
YouTube Premium tambah ciri audio kualiti tinggi, mod PiP Shorts dan Jump Ahead di TV pintar
Audio berkualiti tinggi sehingga 256kbps kini tersedia di YouTube dan YouTube Music untuk pengguna Android dan iOS. -Amanz
PELANGGAN YouTube Premium kini boleh menikmati lebih banyak ciri baharu yang sebelum ini hanya ditawarkan sebagai ujian.
Ringkasan AI
Ciri pertama ialah audio berkualiti tinggi sehingga 256kbps yang boleh dinikmati di YouTube dan YouTube Music pada peranti Android serta iOS.
Sebelum ini ciri ini hanya boleh diakses menerusi aplikasi YouTube Music.
Seterusnya, video boleh dimainkan pada kelajuan sehingga 4X di aplikasi Android, iOS dan alam web. Selama ini ia hanya boleh diakses menerusi aplikasi telefon pintar.
Shorts kini boleh dimuat turun dan ditonton dalam mod PiP di iOS, selepas sebelum ini hanya tersedia untuk pengguna Android.
Akhir sekali, ciri melangkau Jump Ahead boleh digunakan dalam aplikasi YouTube di TV pintar dan konsol permainan.
Sebelum ini, ia hanya diberikan pada aplikasi telefon pintar. -Amanz
Ringkasan AI
- Audio berkualiti tinggi sehingga 256kbps kini tersedia di YouTube dan YouTube Music untuk pengguna Android dan iOS.
- Pengguna boleh mainkan video sehingga 4X kelajuan dan muat turun Shorts dengan mod PiP di iOS.
- Ciri Jump Ahead kini boleh digunakan di TV pintar dan konsol permainan, bukan lagi terhad kepada telefon pintar.