[TERKINI] Gelombang Serangan Baharu Iran-Israel | Trump Timbang Tindakan Ketenteraan AS. Klik untuk laporan penuh.
GADGETS

YouTube terima ciri Google AI Overviews

Amanz 26/04/2025 | 05:00 MYT
YouTube menguji ciri AI Overviews untuk memberikan saranan video yang lebih relevan kepada pelanggan Premium terpilih. -Gambar fail
CIRI carian AI Overviews yang diperkenalkan di Google Search kini telah dikembangkan ke YouTube.

Ringkasan AI
  • YouTube menguji ciri AI Overviews untuk memberikan saranan video yang lebih relevan kepada pelanggan Premium terpilih.
  • AI Overviews menyarankan video berdasarkan relevansi, walaupun frasa carian tidak terkandung dalam tajuk video.
  • Ciri ini dihentikan sementara tahun lalu kerana memberikan maklumat tidak tepat, tetapi diharapkan telah ditambah baik.

YouTube mengumumkan ujian keputusan carian menggunakan AI Overviews minggu ini dengan ia diberikan secara rawak kepada pelanggan Premium terpilih.
Menerusi AI Overviews, YouTube ingin memberikan saranan video yang dirasakan lebih relevan dan tepat.
Contohnya apabila carian “fon kepada terbaik” dilakukan, AI Overviews akan menyarankan video-video yang dirasakan relevan walaupun ia frasa ini tidak terkandung pada tajuk video.
Tiada tangkapan layar bagaimanakah AI Overviews memberikan saranan kandungan kepada pengguna pada ketika ini.
Cuma yang diharapkan ialah AI Overviews telah ditambah baik sejak setahun lalu bagi mengelakkan insiden maklumat salah berulang.
Tahun lalu ciri ini dihentikan seketika selepas ia memberikan maklumat tidak tepat seperti Obama ialah Presiden beragama Islam Amerika Pertama dan meletakkan gam pada piza untuk keju lebih likat. -Amanz
#YouTube #AI Overviews #saranan video #pelanggan Premium